Penggunaan teh hijau kini semakin popular diamalkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang dalam bentuk minuman, makanan, losyen, ubat gigi dan juga produk-produk kecantikan yang lain.
Apa yang korang tahu tentang teh hijau?
Dari segi nama saintifiknya, teh hijau datang dari daun pokok teh dikenali sebagai camellia sinensis. Ia kebanyakannya boleh ditanam di negara China. Terdapat beberapa jenis teh hijau yang diusahakan berdasarkan lepelbagaiannya dengan cara ia ditanam, kaedah horticultural, proses penyediaan dan masa ia dituai.
Dan mengikut sejarah, teh hijau telah mula digunakan sejak ratusan tahun yang lalu ketika pemerintahan Maharaja Shennong di China.
Kini ia telah menjadi bahan yang dikomersialkan di seluruh dunia dengan pelbagai khasiat yang dimilikinya. Menariknya teh hijau dibuat daripada daun teh yang belum difermantasi sehingga kandungannya masih kekal terjaga.
Disebabkan itulah juga ia menjadi bahan popular digunakan di dalam produk-produk kecantikan wajah. Nak tahu apa khasiatnya untuk wajah korang? Jom sama-sama kita lihat.
Atasi masalah jerawat
Teh hijau mengandungi banyak bahan-bahan yang memberika kebaikan kepada kesihatan kulit. Ia mengandungi bahan antiiflamasi, antiseptik serta antibakteria yang tinggi. Ia sekali gus dapat membantu membersihkan bakteria penyebab jerawat, mencegah keradangan jerawat dan membantu proses penyembuhan akibat jerawat. Selain itu teh hijau juga membantu mengurangkan kandungan minyak berlebihan pada kulit wajah.
Memulihkan kulit yang terbakar dan daripada sinar matahari
Dengan menyapu krim teh hijau pada kulit yang ‘hangus’ akibat terkena cahaya matahari, kalu korang dapat disejukkan engan cepat kerana kandungan antiinflamasinya. Teh hijau juga boleh diminum untuk memberikan kesan yang lebih kurang sama.
Mencegah ‘Mata Panda’
Kesan mata lebam atau kantung mata sememangnya perkara yang paling tidak digemari oleh korang bukan? Kadangakala korang berjaga sampai tengah malam dan kurang tidur, akibatnya mata jadi lebam. Ia dapat dielak dengan menyapu krim teh hijau di bahagian bawah mata dan sekelilingnya. Sedikit kandungan kafein yang terdapat di dalam teh hijau mampu mengecilkan pembulug darah di bawah kulit dan menghilangkan efek mata panda korang!
Menyegarkan kulit
Teh hijau juga digeamri ramai tidak mengira peringkat umur kerana mampu membantu ‘meremajakan’ kulit wajah. Dengan pelbagai khasiat yang dibawa oleh teh hijau ia secara tidak langsung membantu memperbaiki sel dan menyegarkan kulit; malah boleh jadi ejen anti penuaan semula jadi.
Melembabkan kulit dan mencegah kekeringan
Antara faktor utama kulit wajah rosak ialah kondisinya yang terlalu kering lantas menjadikan wajah nampak tidak bermaya. Zat-zat terkandung di dalam teh hijau mampu membantu melembabkan kulit wajah. Korang boleh gunakan produk seperti mask teh hijau.
Selamat mencuba korang!