Teka-Teki Sudah Berakhir, Ini Senarai Penuh Kabinet Malaysia Kerajaan PH

Share

Rasanya macam baru semalam kita menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah Kerajaan Persekutuan diperintah oleh gabungan parti yang lain. Dan pembentukan kerajaan baru ini pastinya sentiasa dinantikan oleh rakyat terutama golongan belia yang menaruh harapan sangat tinggi buat kerajaan ini.

Selepas kabinet teras dibentuk pada 18 Mei yang lalu, pada hari ini kerajaan Pakatan Harapan telah dilengkapkan dengan majlis Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang selebihnya di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.

Dulu Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama kabinet daripada Perdana Menteri Tun Mahathir pada 20 Jun yang lalu dan Baginda telah memperkenankan cadangan tersebut pada 22 Jun.

Antara muka-muka baru yang paling mendapat perhatian daripada golongan belia dan remaja ialah semestinya perlantikan Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan dan Hannah Yeoh (Timbalan Menteri Wnita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat).

Portfolio paling mendapat perhatian remaja pastinya Kementerian Belia dan Sukan. Tahniah YB Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman atas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan

 

Majlis angkat sumpah pada hari ini yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara turut disaksikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Kami di REMAJA mengucapkan tahniah kepada semua pemimpian yang telah dipilih untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. All the best YB semua!

Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri

Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Wilayah: Khalid Samad

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Mohammad Din Ketapi

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin

Menteri Belia dan Sukan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Darrell Leiking

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Industri Utama: Teresa Kok

Menteri Pembangunan Usahawan: Redzuan Yusof

Menteri Kerja Raya: Baru Bian

Menteri Air, Tanah dan SUmber Asli: Dr. A. Xavier Jayakumar

Menteri di JPM (Agama): Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa

Menteri di JPM (Undang-undang): Datuk Liew Vui Keong

Foto ilustrasi: BERNAMA

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim