Spekulasi yang bertiup selama beberapa minggu kebelakangan ini akhirnya telah disahkan oleh empunya badan yang kini – ahem – berbadan dua.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telahpun mengumumkan bahawa dirinya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.
Setelah dikurniakan dengan kelahiran Siti Aafiyah Khalid pada tahun 2018, TokTi kini telahpun disahkan hamil selama 4 bulan.
“Alhamdulillah. Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan suami terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa yang mengenali kami.
“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.
“Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih,” catat TokTi.
Tambah TokTi, dia melalui proses yang sama iaitu In Vitro Fertilization (IVF) untuk kehamilan kedua ini.
Ads
“Saya pada masa itu merasa 50-50. Tak tahulah, mungkin kerana kita pernah melalui kegagalan dahulu (menerusi IVF sebelum kehamilan Aafiyah). (Tapi) Allah bagi rezeki lagi kepada saya. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika tahu saya telah hamil.
“Saya pun dah prepare untuk berehat. Tambahan pula dengan situasi pandemik ini, saya pun tidak ke mana-mana.
“Mengenai perasaan Aafiyah pula, dia tahu baby tu apa. Kali ini saya banyak menunjukkan gambar seperti X-ray dah sebagainya. Dan apabila saya bertanya mana baby ibu, dia akan datang dan cium perut saya. Sekarang dia memang manja dengan saya,” katanya.
Semoga semuanya dipermudahkan buat TokTi seisi keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah beberapa spekulasi dan khabar angin berterbangan, akhirnya istiadat angkat sumpah Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan berlangsung jam 9.30 malam ini.
Sejak awal pagi, rakyat Malaysia menantikan perkhabaran rasmi mengenai istiadat bersejarah ini memandangkan Tun Dr. Mahathir bakal kembali memegang pucuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri ketujuh, secara teknikalnya.
Ada yang mengatakan ia bakal berlangsung pada jam 9.00 pagi.
Setelah kecewa tanpa kenyataan rasmi dari pihak Istana mahupun pihak kerajaan baru, kecoh sebentar di media sosial apabila pihak media diberitahu ia bakal berlangsung pada jam 5.00 petang. Namun, apa yang dipaparkan secara langsung hanyalah sidang akhbar bersama wakil dari Polis Di-Raja Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Hanya pada jam 5.30 petang, video ‘bersiap’ Tun M di kediaman beliau dan video ketibaan kenderaan Proton Perdana bernombor plat 2020 di Istana Negara dimuat naik oleh pihak media. Ia menandakan mereka sedang bersiap sedia untuk upacara rasmi tersebut.
Tun Mahathir is getting ready.
He’s already in his new Baju Melayu that he will wear during the swearing in ceremony.
A 93 year old man that BN has called senile and weak, due to be sworn in as the new prime minister of Malaysia.
Mungkin upacara tersebut disegerakan juga setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menyeru agar kerajaan baru ditabalkan secara rasmi secepat mungkin bagi memudahkan urusan semua pihak.
Kini, kita hanya perlu menantikan detik jam 9.30.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini 61 orang penduduknya di Simpang Renggam, Johor yang dikesan positif wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sana.
Nasib yang sama turut dirasai oleh penduduk 7 perkampungan di Hulu Langat bermula 12 tengah malam semalam (29 Mac). Menurut laporan Harian Metro, ia membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perlaksanaan PKPD ini akan dilakukan sehingga 13 April depan dan tindakan ini susulan dari nasihat yang diterima dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan sebanyak 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.
PKPD di Sungai Lui ini melibatkan 7 perkampungan yang mana 2 perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu disana. Tujuan PKPD ini dilaksanakan adalah bagi membendung jangkitan Covid-19 dari terus merebak di kawasan berkenaan.
Sepanjang tempoh PKPD ini, semua penduduk dan pelawat di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah selain penduduk dan pelawat yang tidak menetap disitu turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Semua aktiviti perniagaan dihentikan dan bekalan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut ada sedikit laporan mengenai PKPD Sungai Lui, Hulu Langat yang disediakan oleh Astro Awani malam tadi…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tentu korang pernah dengar cerita orang terkena santaukan.
Sama ada adik beradik sendiri, sanak saudara, jiran sekampung, kawan-kawan yang terkena sihir ini. Biasanya dah puas berubat, pergi hospital tapi doktor kata sihat tak ada apa. Biasanya kes begini seorang itu terkena santau.
Dalam tubuh manusia itu Allah campakkan seketul hati. Jika kita mampu menjaga “hati”ini dengan baik, maka baiklah kehidupan kita di dunia dan akhirat. Jika hati tidak dipenuhi dengan zikir kepada Allah, lama kelamaan akan ada titik-titik hitam yang mana akhirnya dipenuhi dengan hasad dengki dan lain-lain yang membawa kepada kerosakan akal.
Untuk generasi muda hari ini, santau atau lebih dikenali sebagai tuju-tuju. Ianya merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umumnya, santau digunakan melalui dua cara iaitu fizikal dan cara santau angin.
Baca perkongsian Ustaz Rahmat Rahman ini seperti dikongsikan di fb miliknya.
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
Bahan Miang/Gatal di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Biasanya barang-barang bisa ini ditemui dalam tubuh individu terkena santau. Termasuklah gumpalan rambut. Tubuh juga jadi bisa-bisa bila terkena santau
Jenis-jenis Santau:
Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
Apabila hati sakit, kita akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengenakan individu. Perbuatan ini berdosa besar dan sila jauhi
Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala.
Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
Lenguh seluruh anggota badan.
Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
Sentiasa sakit pada tulang belakang.
Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
CARA RAWATAN PERUBATAN:
Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin dengan keizinan Allah s.w.t.
Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)
Amalan Minggu Pertama dan Kedua: 1) Surah Asy-Syu’araa’ ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2) Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Amalan minggu ketiga dan keempat: 1) Surah Al-Israa’ ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2) Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Amalan minggu kelima dan keenam: 1) Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2) Surah Ar-Ra’d ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Semoga Allah melindungi kita dan seluruh ahli keluarga kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelumba sensasi negara, Hakim Danish Ramli terus mencuri tumpuan dunia motosikal apabila berjaya menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol dan merangkul dua podium...