Berita

Tekad Ubah Nasib Keluarga Selepas Kehilangan Tempat Bergantung Ketika Usia 13 Tahun, Hasrat Mahu Jadi Ahli Perniagaan Berjaya

Share

Graduan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Muhammad Syafiq Aiman Suhirman, bertekad mengubah kehidupannya dan keluarganya selepas kehilangan sosok penting dalam hidupnya seawal usia 13 tahun.

Sebagai anak kelima daripada lapan beradik, Syafiq mengakui bahawa dia bukanlah datangnya daripada keluarga yang senang. Pada tahun ketiga pengajiannya pula, dia mula menjual baju UMPSA sebagai ejen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Wan Hanafi Raikan Kejayaan Cucu Dalam Istiadat Konvokesyen UMPSA. Tahniah!

“Adik-beradik dan bapa saudara yang banyak membantu saya selama ini.  Dari situ, saya sedar saya kena lakukan sesuatu.  

“Sewaktu di tahun tiga pengajian, saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menjadi ejen untuk penjualan baju UMPSA,” ujarnya.

Tambahnya lagi, semua orang boleh berusaha untuk mencari duit sendiri dan jalan untuk bertahan meskipun dari golongan yang susah.

“Bertitik-tolak daripada itu, saya mula mencabar diri dengan menjual nasi ayam gepuk di Amphitheather UMPSA Kampus Gambang. Saya turut memperoleh dana dari Pusat Usahawan Kreatif sebanyak RM3000,00,” ujar graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian ini lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekad Ubah Nasib Keluarga, Anak Pengawal Keselamatan Terima Anugerah Diraja. Turut Raih Dua Anugerah Berprestij Yang Lain. Tahniah!

Meskipun sibuk dengan perniagaan, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian ini tetap aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Anak kelahiran Terengganu ini melahirkan rasa syukur kerana hasil perniagaannya membolehkannya menampung kos sara hidup sepanjang pengajian.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: UMPSA NEWS

Published by
Fath