“Dari Awal Tak Lepas..” Pemohon Fasa Kedua Vaksin AstraZeneca Kecewa Dengan Sistem

Share

Sebagaimana kita tahu pusingan kedua bagi suntikan vaksin AstraZeneca akan dibuka kepada individu berusia di bawah 60 tahun bermula pukul 12 tengah hari sebentar tadi.

Tempahan kedua ini akan dibuka bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Sebelum ini, pendaftaran vaksin telah pun dibuka di fasa pertama dan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, kini sekali ia dibuka untuk orang ramai yang ingin mengambil suntikan vaksin.

Namun malangnya akibat trafik yang tinggi, tak sampai sejam dibuka, vaksin ini dikhabarkan sudah habis dibooking dan ditutup menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi Twitter.

 

Penulis juga mengalami keadaan yang sama, apabila mengalami masalah teknikal selama  selepas dibuka pukul 12.15 tengah hari ini. Rata-rata warganet juga meluahkan rasa tak puas hati dan kecewa.

 

 

 

Termasuklah para selebriti tempatan juga mengalami nasib yang sama.

 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi ciapannya di Twitter lebih daripada 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat sebentar tadi.

Apa-apapun, tahniah penulis ucapkan buat korang berjaya membuat tempahan vaksin ini. Ingat jangan tak datang pula pada tarikh temujanji nanti! Yang tak berjaya tu tak apa la anggap jela tak ada rezeki lagi kan…huhuhu

Published by
Nana