Mungkin ada yang menganggap individu yang menggunakan Apple Watch ini adalah kerana mengikut trend atau mereka sememangnya peminat tegar gajet keluaran Apple.
Nah, sangkaan itu sebenarnya tidak tepat kerana sebenarnya banyak kegunaan Apple Watch ini yang akan membantu pemilik mereka di kemudian hari.
Seperti yang berlaku di negara jiran kita Singapura, kisah ini benar-benar terjadi beberapa hari lepas. Mangsa dilanggar lari oleh sebuah van yang tidak dikenali.
Penunggang motosikal berusia 24 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Fitri dan menurut kenyataan adiknya di laman Facebook, abangnya itu dalam perjalanan pulang dan tiba-tiba ada sebuah van masuk dari lorong kiri dan membelok ke kanan.
Ketika itu, Fitri rebah dan tidak sedar, namun bernasib baik kerana Apple Watch yang dipakai olehnya membuat panggilan kecemasan menelefon ambulan.
Apabila Fitri tidak mempunyai respon selama satu minit, Apple Watch dapat mengesan dan akan menelefon kecemasan dengan menggunakan pita suara memberikan maklumat pesakit dan lokasi terkini mangsa. Lokasi juga dihantar kepada waris berserta lokasi.
Gajet ini merupakan teknologi yang boleh membantu menjadi penyelamat nyawa dengan kelebihan-kelebihan seperti berikut:
• Peranti memberikan notifikasi kepada waris selepas mangsa dilanggar lari
• Mengesan impak jatuh seperti kemalangan, sakit jantung, strok dan lain-lain
• Apple Watch akan menelefon kecemasan jika tiada tindak balas dari mangsa selama satu minit
• Ambulan sampai tepat pada masa dan mangsa terselamat
• Fungsi ini terdapat hanya pada edisi Apple Watch 4 dan ke atas
Ha, berbaloi sebenarnya kalau kita buat pelaburan beli jam tangan ‘canggih’ seperti ini kan. Jika ada yang mampu bolehlah beli untuk kegunaan harian. Tapi, kalau tak mampu jangan pula korang rasa terdesak untuk mendapatkannya. Okay?