
Sebelum ini aplikasi membeli belah atas talian Shopee ada memaklumkan kepada penjual mereka bahawa kebebasan memilih perkhidmatan syarikat kurier tidak lagi akan diberikan kepada para pembeli. Sebaliknya, pengguna akan diberikan syarikat kurier penghantaran secara automatik oleh sistem mulai 17 Jun 2021.
Namun begitu, video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama Ariff Rashid ini menunjukkan cara korang boleh memilih kurier kegemaran korang.
Ini antara langkah-langkahnya.
1. Buka aplikasi Shopee
2. Pilih barang apa yang nak beli
3. Pergi ke ‘filter’ atau saring
4. Pilih jenis kurier
5. Klik sahaja pada standard delivery, jangan risau lepas bayar korang akan dapat kurier yang korang nak.
Sebelum itu, kena pastikan kedai atau seller tersebut sudah set kepada random kurier jika tidak, korang terpaksa menggunakan kurier pilihan shopee. Jom tonton di bawah untuk info lanjut.
Tak salah mencuba kan? Selamat berjaya!
Sumber: ArifRashid
Zulhijjah Bulan Kumpul Pahala, Ganjarannya Lebih Baik Dari Berjihad

Isi Kandungan
ToggleHari ini kita telah pun masuk bulan Zulhijjah dan merupakan bulan terakhir dalam bulan Islam.
Bila tibanya Zulhijjah ini juga menandakan masuknya bulan haji di mana umat Islam berkemampuan menunaikan Rukun Islam kelima.
ARTIKEL BERKAITAN : Rebut Peluang Puasa Hari Terakhir Zulhijjah ESOK & Baca Doa Ini

Dan tahun ini walaupun tidak dapat menunaikan haji tetapi ada beberapa amalan lain yang boleh dilakukan dalam menyempurnakan amalan di bulan Zulhijjah.
Antara amalan yang digalakkan adalah:
1. Zikir
LAZIMI diri kita dengan berzikir dan mengingati ALLAH SWT.
Basahkan lidah dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illallah dan Allahu Akbar sebagaimana yang dianjurkan dalam hadis diriwayatkan oleh al-Tabarani.
Firman ALLAH SWT: “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama ALLAH, pada hari-hari yang tertentu..” (Surah al-Hajj, ayat 28)
Ketika menafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’, Ibn Abbas RA berkata, ia adalah 10 hari Zulhijah dan inilah juga pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa
Umat Islam amat digalakkan berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Ketahuilah, Hari Arafah iaitu 9 Zulhijah merupakan hari yang terbaik untuk kita berpuasa.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih banyak ALLAH membebaskan hambanya lebih daripada hari Arafah.” (Riwayat Muslim)
Apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah itu, baginda SAW menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
3. Melakukan amalan-amalan lain
BIASAKAN diri membaca al-Quran kerana ia termasuk sebagai amalan yang disukai oleh ALLAH SWT. Umpamanya bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Semua amalan berkenaan termasuk dalam hadis umum yang menunjukkan perbuatan melazimkannya amat disukai oleh ALLAH SWT.
4. Jauhi maksiat
Andai kita pernah berbuat salah dan dosa, inilah masa terbaik untuk memulakan taubat, terutama bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhkan perbuatan mulia itu. Amat biadab jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang amat agung di sisi ALLAH SWT ini.

5. Bertakbir
Ibn Abi Shaibah menyebut, ‘Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq.
6. Berkorban
Ia merupakan amalan yang dituntut bagi umat Islam yang berkemampuan. Hukumnya adalah sunat muakkad.
Firman ALLAH SWT: “Sesiapa yang membesarkan syiar ALLAH (berkorban), maka ia adalah dari tanda ketakwaan hati.” (Surah al-Hajj, ayat 32)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh ALLAH SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat al-Tirmidzi, Abu Daud; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

Oleh itu sepanjang 10 hari awal Zulhijjah perbanyakkanlah solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan berzikir. Mudah-mudahan kita menerima pahala yang lebih besar dari Jihad.
BACA LAGI : Malam Mustajab, Ini Panduan 31 Doa Waktu Wukuf Hingga Tengah Malam
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Dr Ahmad Sanusi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
5 Promosi Menarik Sempena Hari Malaysia, Antaranya Dari Pandora & McD

Selamat menyambut Hari Malaysia esok!
Seperti biasa, apabila tiba sambutan hari cuti yang cukup istimewa ini bagi diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia, pelbagai promosi dan diskaun menarik sudah dijangka akan ditawarkan termasuklah di premis makanan, minuman dan pakaian.
Berikut merupakan beberapa promosi menarik yang boleh korang rebut esok.
1. Texas Chicken
Set 2 ketul ayam + minuman pada harga RM7.99.
2. McDonald’s Drive-Thru Carnival
Beli 1 Percuma 1 untuk set 6 ketul Chicken McNuggets.
3. Kempen McChicken Burger Percuma Diteruskan
Terlepas peluang untuk mendapatkan burger percuma pada Hari Merdeka lalu? Jangan risau, tawaran ini dikembalikan sempena Hari Malaysia esok.
Dapatkannya dengan cara:
1. Memandu kenderaan di McDonald’s Drive Thru.
2. Tempah saja apa-apa makanan daripada McDonald’s.
3. Jangan lupa untuk kibarkan bendera Malaysia pada kenderaan
3. Laungkan ‘Malaysia’ sebanyak tiga kali semasa berada di kaunter tempahan. Malaysia! Malaysia! Malaysia!
4. Starbucks Malaysia
Dapatkan minuman kedua Starbucks hanya pada harga RM6 SAHAJA.
5. Pandora
Pada tahun ini, Pandora menawarkan ‘Dangle Charm’ ikonik dengan simbol Kuala Lumpur padanya. Ia mempunyai imej Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank dan Menara TM.
Abadikan Hari Malaysia ke 58 ini dengan charm yang boleh digayakan bersama gelang atau rantai ini. Dengan bentuk ibarat syiling perak dengan ukiran logo Pandora di satu sisi dan pencakar langit Kuala Lumpur di sisi sebelah, ia adalah satu momento istimewa sebagai seorang anak Malaysia.
Bagi mendapatkan charm sempena Hari Malaysia ini, korang boleh KLIK DI SINI atau terus pergi ke stor Pandora berdekatan.
1 Syawal Jatuh Hari Jumaat? Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka ‘Raya Mengejut’ Bakal Berulang

Adakah ‘Raya mengejut’ bakal berlaku lagi pada tahun ini?
ARTIKEL BERKAITAN: Media Sosial ‘Kalut’ Dengan Persediaan Aidilfitri Sehari Awal- REMAJA
Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil susulan kenyataan yang keluar daripada Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE). Umum wakilnya, ia menjangkakan hari terakhir Ramadan berkemungkinan jatuh pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.
Menurut portal Gulf News pula, beberapa negara di benua Asia dan negara-negara serantaunya termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar sekalipun menggunakan teleskop khas.
Jelas portal tersebut lagi, beberapa negara Islam lain bagaimanapun berkemungkinan akan menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut (Khamis).
“Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya (lalu) menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.”
Hmm…buat sahajalah persiapan awal kan. Tidaklah ‘kalut’ nanti.
Yang penting bagi kita yang berada di Malaysia, sama-samalah kita menantikan pengisytiharan tarikh 1 Syawal oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu. Selagi tiada pengumuman rasmi, jangan percayakan sumber lain ya.
BACA LAGI : Kenapa Singapura Terkecuali Hari Raya Isnin? Mufti & Menteri Agama 5 Negara Jelaskan
Sumber: Kosmo