Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin semalam telah memuat naik satu video di laman Twitter miliknya untuk memaklumkan keadaan semasa kes jangkitan Covid-19 yang melanda kakitangan dan pelajar sekolah berasrama penuh, Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya, Selangor.

“Asalnya seorang guru dijangkiti Covid-19. Saringan kontak rapat mendapati seorang lagi guru turut positif serta enam orang murid lain. Enam orang murid ini kini berada di bawah pemantauan pihak sekolah. Dan apabila dilakukan saringan kontak rapat kepada murid-murid ini, didapati ada 121 orang kontak rapat.

“Kesemua mereka telah dipotong gelang pada hari ini dan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Dalam usaha PKD untuk mengurangkan jumlah murid yang berada di asrama; pihak PKD telah melaksanakan saringan kontak rapat kepada lebih 200 orang murid pada hari ini.

Ads

“Daripada saringan ini, petang tadi didapati 65 orang daripada mereka positif Covid-19 dan mereka telah dibawa ke MAEPS untuk pemantauan. Esok pihak PKD akan melakukan saringan ujian kendiri kepada baki murid-murid untuk melihat sekiranya masih ada kes positif.”

“Telah Dibawa Ke MAEPS..” – Radzi Jidin Umum 65 Pelajar Sekolah Seri Puteri Positif Covid-19
Dr Radzi Jidin turun padang memantau keadaan.

“Pada waktu ini, pihak kementerian berkerjasama rapat dengan pihak PKD dan pihak sekolah untuk memastikan anak-anak ini berada dalam keadaan yang selamat. InsyaAllah kami terus melakukan yang terbaik untuk memastikan anak-anak di Sekolah Seri Puteri terus berada dalam keadaan selamat,” kongsinya dalam satu kenyataan sambil ditemani Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Sri Hajah Nor Zamani dan Dr. Md Nasir dari Pejabat Kesihatan Daerah.

Untuk pengetahuan pembaca, Sekolah Seri Puteri merupakan salah sebuah sekolah berasrama premier dengan taraf sekolah berprestasi tinggi.

Ads

Ditubuhkan pada tahun 1968, dahulunya ia dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer di mana sekolah ini berada berdekatan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC Kuala Lumpur).

Pada tahun 2003, sekolah ini telah dipindahkan ke premis baharu yang lebih besar di Cyberjaya, Selangor. Bangunan sekolah lama sekolah pula menjadi lokasi baharu bagi sebuah lagi sekolah berasrama penuh yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seri Puteri.

Ads

*

Kemas Kini : Jika semalam 65 orang pelajar SSP di Cyberjaya didapati positif COVID-19, jumlah tersebut meningkat ke 71 orang setelah ujian saringan dilakukan pada pagi ibu. Kesemua pelajar itu & dua orang guru telah dipindahkan ke PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dan kini berada dalam kategori 1 & 2A (stabil). Manakala 242 individu lain yang merupakan kontak rapat sedang dikuarantin di asrama SSP.

*

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI