Setelah penantian selama tiga tahun, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh Miss Supranational Malaysia 2022, Melisha Lin tiba jua semalam.
Bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Melisha telahpun ‘terbang’ ke Poland bagi menyertai pertandingan Miss Supranational 2022 sambil ditemani oleh para penyokongnya yang setia menunggu waktu perlepasan.
Wakil Malaysia berusia 24 tahun itu manis berkebaya songket hasil ciptaan Senorita Wedding Planner dan ternyata teruja dengan detik tersebut.
“Kepada kesemua rakan dunia ratu cantik saya, wakil negara dan peminat yang datang dari sepelusuk negara untuk menghantar saya, terima kasih banyak-banyak.
“Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya dan sama-sama ‘standing with me in the eyes of the world’. Saya akan lakukan yang terbaik demi membuatkan kita semua bangga. Teruskan menyokong dan mengundi saya di aplikasi Miss Supranational,” ujarnya.
Dalam pada itu, sewaktu ditemui REMAJA ketika majlis pemahkotaan tiara Miss Supranational rasminya pada 17 Jun lalu, Melisha sempat memaklumkan bahawa dia telahpun berkenalan dengan wakil-wakil ke Miss Supranational 2022 yang lain.
“Saya telah mendekati sebahagian daripada mereka dan seringkali berhubung. Kami tidak sabar untuk bertemu nanti dan saling mengucapkan tahniah kepada wakil yang baru saja dimahkotakan,” tambahnya.
Apabila ditanya mengenai tarikan Miss Supranational kepada diri Melisha sendiri berbanding pertandingan ratu cantik antarabangsa lain, graduan Pengurusan Pemasaran ini berkongsi maksud di sebalik gelaran ‘Supranational’ itu dan mengapa ia bermakna buatnya.
“Tahukah kamu, Supranational bermaksud ‘The Power to Influence’ atau ‘Kuasa untuk Mempengaruhi’. Saya selalu cuba mencipta impak dan mempengaruhi belia di luar sana.
“Saya mempunyai platform yang memberi kesedaran tentang kesihatan mental bernama YANA (You Are Not Alone) dan itulah yang saya gemar lakukan. Saya ingin sekali kembangkan YANA menjadi pergerakan antarabangsa yang memberi bantuan serta kesedaran mengenai kesihatan mental,” katanya.
Pada kesempatan ini, REMAJA mengucapkan all the best buat Melisha Lin dan semoga perjalanannya di Poland akan berjalan lancar dalam misinya untuk membawa pulang mahkota ‘Blue Crown’ yang diimpi-impikan seluruh rakyat Malaysia itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebaya menjadi salah satu identiti busana yang cukup sinonim dengan Malaysia. Pelbagai jenis rekaan kebaya menjadi pilihan sebagai contoh kebaya pendek, kebaya labuh, kebarung dan juga kebaya nyonya.
Namun tahukah anda, busana ini bukanlah eksklusif untuk masyarakat negara kita sahaja bahkan ia merupakan pakaian yang sudah turun temurun digayakan oleh wanita di rantau nusantara. Jadi tidak hairanlah jika ada pelbagai jenis rekaan kebaya yang boleh anda lihat di luar Malaysia.
Wakil Thailand ke pertandingan ratu cantik menggayakan kebaya wanita selatan Thai.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama-sama dengan Brunei, Singapura dan Thailand telah bersepakat untuk mengangkat kebaya sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023.
Persetujuan yang dicapai untuk bersama-sama membawa seni ini sebagai satu warisan bersama menonjolkan kesepakatan dan juga sikap yang saling menghormati antara satu sama lain dalam mencapai objektif kebaikan, terutamanya dalam melindung warisan sejak berzaman.
Walaupun empat negara ini yang telah bersetuju, menurut kenyataan mengenai perkara ini, mereka turut mengalu-alukan penglibatan negara serantau lain untuk menyertai pencalonan bersama itu.
Kebaya dilihat menepati definisi elemen warisan, kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika wang tidak menjadi satu isu, why not seseorang itu menghabiskannya demi sarung AirPods yang melebihi harga model iPhone 12 baru?
Kolaborasi jenama gajet dengan rumah fesyen tekenal dunia bukan lagi satu perkara baru pada zaman ini.
Demi membuatkan generasi muda lebih mengenali, meminati dan membeli produk keluaran jenama premium seperti Gucci, Saint Laurent, Balenciaga, Louis Vuitton dan macam-macam jenama lain, mereka perlu menawarkan produk yang relevan dan signifikan untuk digunakan oleh pembeli.
Ini adalah di antara strategi masa kini jenama fesyen yang tidak lagi sekadar berfokuskan kepada pakaian, kasut dan aksesori badan.
Jelas, generasi sekarang merupakan generasi gajet yang mampu dibawa ke mana-mana saja. Tanpa kelibat telefon pintar, komputer riba dan fon telinga sebagai contoh, hidup mereka memang akan menjadi tidak keruan.
Justeru, apabila Gucci melancarkan GG Marmont Airpods Pouch berharga USD460 atau kira-kira RM4,477, kami tidaklah terkejut jika ia akan segera menjadi bualan mulut ramai.
Sumber Foto: GucciSumber Foto: GucciBandingkan harga sarung AirPods Gucci dan harga telefon pintar iPhone terbaru. Sumber Foto: Apple
Dari bahagian luar, ia kelihatan seperti mini sling bag dalam bentuk trunk yang merupakan trend popular di pentas peragaan.
Namun apabila korang membukanya, ia adalah sarung untuk meletakkan AirPods Pro yang mudah dibawa ke mana-mana.
Menurut Gucci, beg (can we even call it that) ini akan mula dipasarkan kepada pembeli pada akhir bulan walaupun ia telahpun diwar-warkan menerusi laman web Gucci.
*
Jika korang terkejut dengan harga gajet aksesori itu, jangan pula terkejut dengan 4 lagi item yang pernah dijual pada tahun ini oleh jenama fesyen premium.
Beg telefon Burberry
$USD 920
Sarung Telefon iPhone 11 Pro Saint Laurent
$USD 1,011
Sarung fon telinga Louis Vuitton
$USD 830
Sarung jam pintar Fendi x Chaos
$USD 950
Sarung AirPods Pro (Kulit) Chanel
$USD 1,570
*
*
Terkejut? Hehe..
Jika korang seperti kami yang mungkin masih belum mampu berbelanja sakan demi aksesori Gucci sekecil ini, mungkin korang boleh mendapatkan item solekan Gucci sempena musim percutian 2020.
Peragawati adik-beradik popular, Bella Hadid dan Gigi Hadid merupakan sebahagian daripada model yang memberanikan diri dengan gaya rambut terbaru di pertunjukan fesyen Marc Jacobs musim luruh 2022.
Bertempat di perpustakaan awam New York City, model-model yang berjalan untuk Jacobs telah memeranjatkan ramai tetamu di sana dan mereka yang menontonnya secara live menerusi media sosial; bukan disebabkan stail koleksi yang mereka sarungkan tetapi kerana gaya rambut futuristik.
Bella HadidGigi Hadid
Ia merupakan kombinasi gaya mullet dengan bahagian sisi yang dicukur kemas. Sekali imbas, penulis terus teringat dengan imej karakter dalam filem ‘Girl With The Dragon Tattoo’!
Bella HadidGigi Hadid
Adakah sememangnya Bella, Gigi dan model lain sanggup komited untuk menukar kepada gaya rambut mullet?
Well, ia hanyalah rambut palsu yang ditata rias oleh penata gaya popular merangkap artis protestik, Duffy yang bertugas untuk pertunjukan fesyen Marc Jacobs ini. Prosesnya memerlukan model untuk dipakaikan ‘kulit sintetik’ untuk mendapatkan imej botak dahulu.
Kemudian barulah rambut palsu khas ditempatkan pada kepala. Namun, ia memang nampak seperti rambut asli kan!
Tambahan pula, cara Bella dan Gigi yang menutup kepala dengan ikatan jaket serta topi sewaktu pulang menyemarakkan lagi spekulasi para model di pertunjukan fesyen Marc Jacobs benar-benar mencukur rambut.
Selain gaya rambut lain daripada lain ini, kening model juga dilunturkan warnanya (satu trend yang semakin boleh diterima sekarang) demi membiarkan wajah serta pakaian mereka tambah menonjol.
Ini bukanlah kali pertama gaya model di pertunjukan fesyen mengejutkan tetamu yang hadir. Januari lalu, koleksi Viktor & Rolf juga telah menarik tumpuan disebabkan gaya bahu seakan pakaian watak Drakulanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...