Sesekali memang ada satu peristiwa yang membuatkan kita rasa ingin syer dengan orangkan. Sekitar tengahari tadi, seorang gadis @humanxsick telah tweet di bebenangnya memaklumkan dia rasa nak menangis selepas telefon bimbitnya jatuh ke dalam jamban.
Meminta agar diberikan kata-kata semangat untuk dia terus kuat menghadapi ujian ini tambahan pula telefon kesayangannya itu adalah milik bapanya.
Rupanya, ada macam-macam petua diberi untuk memastikan telefon kembali berfungsi semula. Ini termasuklah menyuruhnya meletak telefon di dalam beras bagi memastikan telefonnya kembali seperti sedia kala.
Membaca komen-komen netizen ini adakalanya menggelikan hati. Tak pastilah pula, adakah benar kalau telefon jatuh ke dalam air dan untuk keringkannya mesti letak di dalam dalam beras. Ada sesiapa pernah cuba ke teknik ini?
Walaupun diuji telefon jatuh ke dalam lubang jamban tetapi gadis ini masih mampu berjenaka sedikit.
Selang Dua Hari, Bilik Simpanan Kain Langsir Wisma Jakel Pula Terbakar
Barat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan dengan situasi yang sedang menimpa Jakel.
ARTIKEL BERKAITAN : Ayat Suci Al-Quran Terselamat Dalam Kejadian Rumah Terbakar, Alif Muhaimin Yakin Ada Hikmah
Dilaporkan Wisma Jakel di Seksyen 7 sekali lagi mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.
Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar awal pagi tadi.
📹 Awam
📸 Bomba Selangor pic.twitter.com/oqv8V0nl6F— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) January 2, 2023
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.
“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.
Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.
Moga pemilik Jakel sabar dan reda dengan dugaan yang menimpa. InsyaAllah ada hikmah atas apa yang berlaku.
SUMBER DAN FOTO : Bernama
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selain Kibar #BenderaPutih, Ini Senarai Tempat Bantuan Bekalan Makanan
Setahun dua ini merupakan satu ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia disebabkan wabak pandemik yang memberi kesan pada kehidupan harian kita.
Ramai yang mengalami tekanan dan depress disebabkan daripada hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup bagi individu dewasa yang sudah bekerja. Atas dasar keprihatinan rakyat Malaysia pelbagai bantuan dilakukan bagi membantu mereka yang terjejas antaranya #BenderaPutih dan bantuan makanan yang diletakkan dibeberapa tempat. Bagi mereka yang malu dan berat hati untuk mengibarkan bendera putih mungkin boleh pergi ke beberapa tempat ini. Bantuan ini khas buat mereka yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Dalam satu perkongsian, seorang penguna facebook dengan nama Nur Firdaus menyenaraikan lima tempat yang bolah anda dapatkan bantuan makanan.
1. YAYASAN FOOD BANK
Ini merupakan inisiatif daripada Yayasan Food Bank Malaysia.
Jika anda pelajar Universiti Awam, Food Bank menyediakan keperluan makanan buat anda menerusi program Food Bank Siswa.
Cara pemberiannya adalah menerusi Food Pantry (bilik simpanan makanan kering) di dalam universiti atau Central Kitchen (mengedarkan makanan yang dimasak kepada pelajar).
Untuk senarai universiti yang ada menyediakan food bank, bolehlah rujuk DI SINI.
2. GEROBOK KASIH PETRONAS
Gerobok Kasih Petronas mempunyai konsep yang sama seperti food bank.
Di Petronas tertentu, anda boleh mendapatkan bekalan makanan sebagai contoh di Johor, di Petronas Desaru, Petronas Kempas Lama, Petronas Puteri Wangsa dan Petronas Taman Austin Perdana.
3. PANTRI KOMUNITI AYAM BRAND
Ini merupakan inisiatif daripada syarikat Ayam Brand Malaysia yang menyediakan pantri makanan kering untuk seluruh rakyat Malaysia.
Terletak di seluruh Malaysia, namun setiap satu negeri diletakkan satu lokasi pantri.
Senarai lokasi dan maklumat lanjut mengenai Pantri Komuniti Ayam Brand ini boleh rujuk DI SINI.
4. ZERO HUNGER PROGRAM
Inisiatif ini merupakan tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall.
Namun untuk ini, anda akan disaring. Mereka yang berjaya melepasi proses saringan akan terus diberikan bantuan.
Permohonan dan maklumat lanjut boleh rujuk DI SINI.
5. PROJEK GEROBOK REZEKI
Projek Gerobok Rezeki ini hasil daripada komuniti masyarakat setempat dan berada di seluruh Malaysia. Berikut antara yang sempat Muhammad Firdaus kumpulkan.
i. Kelantan – SMK Kota (Kota Bahru)
ii. Selangor – Surau Al-Ansor (Seksyen 2, Shah Alam), SMK Telok Gadong (Klang), PPR Seri Alam, PPR Cheras, SMK Taman Selayang (Gombak), Masjid Ara Damansara.
iii. Pulau Pinang – Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
iv. Johor – SMK Tun Habab (Kota Tinggi), Masjid An-Nur Taman Cendana ( Pasir Gudang)
v. Perak – SMK Kampong Pasir Puteh (Ipoh)
vi. Putrajaya – Kedai MAIWP (Presint 5)
vii. Kuala Lumpur – PPR Kuala Lumpur, SK Datuk Keramat
viii. Negeri Sembilan – Masjid Qariah Ibnu Khaldun Lavender Height (Seremban)
ix. Melaka – Masjid An-Najwan Kampung Cheng
x. Sarawak – Masjid Darul Husni Warrahmah (Taman Hussein/Rahmat, Kuching), Masjid Darul Furqan (Taman Malihah, Kuching).
xi. Pahang – Masjid Al Hidayah Permatang Badak (Kuantan)
xii. Terengganu – Uitm Kampus Dungun
xiii. Kedah – Masjid Sultan Badlishah (Sintok), SK Tandop Besar (Kuala Nerang)
Menerusi satu perkongsian di group aplikasi WhatsApp, berikut merupakan senarai pusat food bank yang boleh anda dapatkan bantuan:
Alhamdulillah, masih ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati membantu. Diharap inisiatif yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menghilangkan rasa gusar golongan yang terjejas.
Sumber: Muhammad Firdaus
Akhirnya Suara Rakyat Didengari! Isu Bil TNB Melambung Tinggi Dapat Perhatian KeTSA & Suruhanjaya Tenaga
Akhirnya suara rakyat didengari! Yeay, inilah yang rakyat hendak dengar kerana isu bil melambung tinggi yang membebankan duit rakyat sudah dalam perbincangan. Ramai menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana perlu membayar lebih 300 peratus hanya kerana pihak pemeriksa meter tidak datang ke rumah seperti biasa akibat Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac- Mei 2020.
Laporan Harian Metro, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah bil elektrik melambung tinggi sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati pengguna di seluruh negara.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pegawai eksekutif dan pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pagi hari ini dan akan bersambung lagi esok bagi mencari penyelesaian mengenai rungutan orang ramai mengenai bil yang melambung tinggi itu.
Menurutnya, kerajaan amat peka dan memahami isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan ia dapat diselesaikan segera.
Katanya, rakyat menerima bil yang luar biasa lebih tinggi daripada kebiasaan dan apabila jumlah bil untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dibahagikan kepada tiga bulan bagi mendapatkan purata sebulan, berlaku peningkatan sangat ketara berbanding bil bulanan biasa sebelum itu.
"Ia menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna terutama dalam memahami teknik pengiraan bil elektrik terbabit.
"Dalam mesyuarat pagi tadi, kita sudah menyatakan pandangan kementerian dan rungutan orang ramai serta meminta TNB memberi penjelasan dan mencari langkah wajar bagi menyelesaikan isu ini.
."Pagi esok kita akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bersama ST dan dijangka TNB akan mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan ke Pusat Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang di Temerloh petang hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Sumber : Harian Metro