Telekung Lama Nampak Baru, 4 Tip Elak Telekung Kekuningan Dan Nampak Kusam

Share

Cepatnya waktu berjalan tanpa kita sedar tinggal lebih kurang 5 hari sebelum kita semua memasuki bulan Ramadan.

Untuk pengetahuan kamu, ramai yang sudah melakukan persediaan untuk menyambut bulan suci ini. Dan ada juga yang menyimpan niat untuk fokus sepenuhnya pada bulan ini.

Bagi , memiliki telekung yang cantik dan selesa sangat penting untuk mereka beribadat. Bukan apa, jika beribadat dengan memakai telekung yang tidak sesuai dan tidak selesa boleh menganggu fokus dan khusyuk ketika beribadat.

Kali ini, Remaja kongsikan beberapa tip untuk korang barukan kembali telekung yang sudah lama. Bila telekung cantik dan selesa mestilah si pemakainya pun gembira melakukan ibadat pada bulan Ramadan ini.

1. Keringkan wajah sebelum pakai telekung

Sumber Gambar : Sora Shimazaki from Pexels

Petua ini digunakan untuk semua jenis telekung yang kamu pakai. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar kering semasa kamu memakai mukena, sehingga sisa solek tidak akan melekat pada telekung.

2. Rendam telekung dengan air rebusan lemon

Sumber Gambar : Julia Zolotova from Pexels

Telekung putih yang sudah kotor dan dukar dibersihkan dengan air dan sabun cuci biasa, boleh direndam dalam air rebusan lemon sebelum kamu mencucinya. Biarkan telekung putih direndam selama kira-kira satu jam, kemudian basuh seperti biasa menggunakan detergen.

3. Cuci dengan baking soda

Baking soda boleh digunakan untuk membantu mencerahkan telekung putih yang kelihatan kusam. Caranya, campurkan 250 gram baking soda dengan empat liter air. Kemudian rendam telekung selama 5 minit. Jangan mengambil masa lebih dari 5 minit, kerana akan merosakkan fabrik telekung.

4. Tambahkan cuka ketika cuci

Telekung putih kusam juga boleh dicerahkan kembali dengan bantuan cuka. Caranya, tuangkan 250 mililiter cuka ke dalam air rendaman yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.

Jadi apabila korang dah penjagaan telekung yang betul, tak perlulah lagi takut nak beli telekung setiap tahun. Jaga je dengan elok, mesti boleh pakai untuk jangka masa yang panjang. Tapi kalau mampu nak beli tiap tahun why not kan.

Published by
Nana