Solat sunat terawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan ini sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.
ARTIKEL BERKAITAN : Nasha Aziz Tampil Anggun Berhijab Untuk Sempurnakan Hijrah Cinta Munawwareen
Memiliki telekung yang cantik dan selesa sangat penting untuk mereka beribadat. Bukan apa, jika beribadat dengan memakai telekung yang tidak sesuai dan tidak selesa boleh menganggu fokus dan khusyuk ketika beribadat.
Namun, lain pula yang berlaku pada telekung usahawan produk popular, Dato Seri Vida yang sering menjadi perhatian ramai. Menerusi video terbaru dikongsi Vida, telekung terawih miliknya yang dipenuhi labuci dan manik-manik kilat meraih perhatian pengguna media sosial.
Bukan itu sahaja, telekung DSV juga sepertinya sudah ditempah khas dengan gaya labuh yang meleret sehingga ke jalan raya.
DSV turut mengenakan beberapa persalinan telekung solat yang berbeza dari segi corak dan warna.
@datoserividaofficial 😭😭😭 dlm bulan Ramadhan diberi kesempatan sebesar ini #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #fypdongggggggg #fypviralシ #fypgakni #fypシ #dsvkuikhlaskan #dsvsedih #fypシ゚viral #fypage ♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat
“Salam Ramadan daripada saya Datuk Seri Vida, semoga amalan kita diterima Allah dan diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa dan diberikan kesihatan yang baik.
“Diberikan kesenangan di dunia dan akhirat serta diberikan hidayah kepada kita,” ucap DSV melalui klip video di TikTok miliknya.
Hal itu menarik banyak perhatian pengguna TikTok yang khuatir telekung milik usahawan berkenaan akan kotor kerana dilihat meleret di sepanjang laluan ke masjid. Namun ada yang beranggapan usahawan jutawan itu mahu memakai pakaian terindah bagi menghadap sang pencipta sebagai tanda berterima kasih atas rezekinya.
Selagi telekung itu tidak menggangu jemaah yang lain okay kot. Apa pendapat korang?
BACA LAGI : Telekung Lama Nampak Baru, 4 Tip Elak Telekung Kekuningan Dan Nampak Kusam
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: