Ramai antara kira mempercayai pengambilan telur boleh meningkatkan paras kolesterol dan lemak tepu. Maka ramai yang menghindarinya tanpa menyedari telur sebenarnya baik untuk pengambilan harian kerana sebiji telur mengandungi lebih kurang 113mg Choline iaitu ¼ dari keperluan hariannya.
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Sardin Campur Telur Viral, Sepinggan Nasi Tak Cukup!
Jom ikuti perkongsian daripada @Farmacora di platform twitternya berkaitan 9 khasiat telur yang bagus untuk tubuh badan anda.
Mengandungi kolestrol yang baik
Tidak semua kolestrol jahat dan telur mengandungi kolestrol yang baik adalah HDL (high density lipid) sejenis kolestrol yang terdapat daripada telur yang memberi banyak manfaat dalam mengawal hormon serta sumber yang diperlukan oleh otak dan sistem saraf kita. Untuk pengetahuan anda, Otak dan sistem saraf kita terbentuk 90 peratus daripada kolestrol.
Sistem imun lebih baik
Makan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi. Telur yang bersaiz besar (saiz AA) mengandungi 1/4 kandungan selenium yang diperlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan dapat mengawal hormon tiroid.
Kurangkan risiko sakit jantung
Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) ada zarah-zarah yang kecil dan besar. Zarah-zarah kecil ini membuatkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung adalah lebih rendah.
Menambah tenaga
Telur dapat tambah tenaga disebabkan mengandungi kandungan Vitamin B2 dalam telur. Ia amat penting kerana dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga dan sebiji telur mengandungi 15 peratus daripada keperluan harian vitamin B2.
Rambut dan kulit lebih sihat
Selain vitamin B2, telur juga kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin-vitamin kompleks ini sangat penting untuk kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat dan cantik. Kedua-dua putih dan kuning telur baik untuk kulit dan rambut.
Baik untuk otak
Choline yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini kerana Choline diperlukan untuk neurotransmitter dalam otak kita supaya berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.
Mengurangkan tekanan
Untuk pengetahuan umum, jika tubuh badan anda tidak dibekalkan dengan asid amino yang terkandung di dalam telur ia boleh memberi kesan kepada otak. Menurut kajian pada 2004, mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan dan dapat mengurangkan tekanan dan rasa bimbang.
Baik untuk kesihatan mata
Telur adalah salah satu makanan yang mengandungi zeaxanthin dan lutein yang dapat menjaga saraf di kawasan mata dari mengalami kerosakkan dan dengan pengambilan yang kerap boleh mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti rabun dan mata kering.
Baik untuk tulang dan gigi
Telur membekalkan vitamin D yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang lebih baik. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita kerana vitamin D dalam telur membantu penyerapan kalsium dan baik untuk kesihatan hati.
Amalkan memakan telur setiap hari…Insyaallah. Namun pengambilannya haruslah secara bersederhana untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain.
BACA : Tip Pilih Telur Di Pasar Raya Untuk Khasiat Optimum Dari ‘Real Food’
Sumber: @Farmacora via Twitter
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.