Ramai antara kira mempercayai pengambilan telur boleh meningkatkan paras kolesterol dan lemak tepu. Maka ramai yang menghindarinya tanpa menyedari telur sebenarnya baik untuk pengambilan harian kerana sebiji telur mengandungi lebih kurang 113mg Choline iaitu ¼ dari keperluan hariannya.
Perkongsian maklumat dari Doktor Norman Norawi mengenai khasiat telur mampu membuatkan kita memahami betapa pentingnya pengambilan makanan ini dalam kesihatan kita. Baca perkongsiannya.
Pendapat yang mengatakan perlu mengawal pengambilan telur kerana ia tinggi kolesterol & lemak tepu adalah pendapat yang ketinggalan zaman.
Sebiji telur mengandungi lebih kurang 113mg Choline iaitu 1/4 dari keperluan hariannya.
Telur adalah makanan yang sangat baik kerana kandungan lecithinnya akan menjadi Choline dalam hati dan kuning telurlah yang mengandungi lecithin ini.
Choline adalah bahan yang akan menjadi ‘Phosphatidylcholine’ iaitu sejenis molekul lemak iaitu sejenis fosfolipid. Ia sangat penting untuk kesihatan hati kita.
Apabila kita kekurangan Choline maka hati tidak dapat mengeluarkan lemak dari dalam hati yang akan menyebabkan masalah hati berlemak (Fatty Liver )
Kajian menunjukkan pengambilan Choline yang secukupnya akan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Kajian juga menunjukkan ia juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara sehingga 24%.
Choline mempunyai beberapa fungsi iaitu…
Oleh kerana telur adalah sumber utama zat Choline ini dan dengan fungsi Choline yang banyak dalam tubuh…maka pengambilan telur secara kerap adalah sihat dan penting sekali..
Dalam pada itu, Dr Norman menjelaskan kajian terbaru tahun 2015 yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan pengambilan telur yang banyak sehingga 12 biji seminggu dibandingkan dengan seseorang yang makan 2 biji telur seminggu tidak menunjukkan sebarang perbezaan dari segi paras Total kolesterol, LDL, Triglycerides dan paras glukosa darah.
Oleh itu saintis merumuskan bahawa pendapat yang mengatakan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol meningkatkan paras kolesterol adalah TIDAK BENAR …
Takut makan telur kerana KONONNYA ia meningkatkan paras kolesterol adalah tidak berasas sama sekali dan bukanlah satu fakta saintifik. Punca sebenar kolesterol tinggi adalah karbohidrat halus (Refine Carbohydrates) seperti GULA dan makanan daripada tepung gandum.
Amalkan memakan telur setiap hari. ..insyaallah