Tema Bunga Camellia Jadikan Mekap, Lihat Koleksi Tahunan innisfree Baru Ini

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Bagi peminat jenama solekan Korea Selatan popular, innisfree, pastinya korang akan cukup familiar dengan kandungan alam semulajadi yang ada dalam produk jenama berkenaan.

Kandungan tersebut didapati daripada kepulauan Jeju di Korea Selatan dan setiap satu mempunyai kelebihan untuk diguna pakai dalam item solekan, penjagaan wajah dan penjagaan badan innisfree.

Jika pada tahun-tahun sudah, innisfree pernah muncul dengan koleksi mekap Jeju Color Picker yang mengambil inspirasi daripada bunga-bungaan lain seperti Jeju Cherry Blossom dan Hydrangea.

Kali ini, tiba pula giliran koleksi 2021 Jeju Colour Picker Camellia Edition pula. Ia mengambil ilham daripada ikon flora ikonik kepulauan Jeju iaitu bunga Camellia.

Jika korang pernah berkunjung ke Pulau Jeju pada musim sejuk, sudah tentu korang pernah melihat kawasan taman dan jalan raya di sana dipenuhi dengan rimbunan pohon bunga Camellia. Ia akan terus mekar pada musim ini.

Inspirasi warna bunga tersebut dipetik sebagai ilham 4 item solekan baru innisfree dalam koleksi 2021 Jeju Colour Picker Camellia Edition.

Jom tengok!

 

01

2021 Jeju Color Picker Camellia Petal Tint RM52/3.8g

Jika melihat kepada selebriti daripada Korea Selatan, salah satu penyeri utama wajah mereka adalah pada bahagian bibir. Nampak segar dan sihat saja sentiasa.

Korang juga boleh mendapatkan efek warna bibir yang soft, natural dan menawan dengan tint ini.

Tiga warna yang boleh dipilih ini mudah diadun dengan tekstur bibir dan memberikan efek ‘smudge’. Kandungan minyak bunga camellia akan memastikan bibir tidak mudah kering.

.

.

02

2021 Jeju Color Picker Camellia Blooming Blusher RM70/7g 

Susah juga sebenarnya untuk mendapatkan pemerah pipi atau blusher yang natural dan ‘masuk’ dengan tona kulit kita yang rata-ratanya berwarna kuning langsat. Blooming Blusher ini adalah jawapan untuk carian blusher

korang.

Ia mempunyai tekstur seakan jeli namun memberikan kesan matte-powdery pada pipi. Korang boleh memilih daripada dua jenis warna untuk konsep solekan berbeza.

.

.

03

2021 Jeju Color Picker Camellia Eye Palette RM112/8g

Bungaan Camellia sememangnya indah jika kita pandang. Haih.. teringat pula pengalaman dikelilingi bunga Camellia ketika berada di Pulau Jeju!

Justeru, ambil inspirasi daripada warna bunganya untuk solekan mata menggunakan palet baharu daripada innisfree ini.

Ia mengandungi 9 jenis warna dengan beberapa tekstur berbeza seperti matte, shimmer dan glitter. Mudah sangat untuk korang blend-in dan satukan beberapa warna dalam satu konsep solekan.

.

.

04

2021 Jeju Color Picker Camellia Relief Lip Oil RM52/4g

Kan dah ratakan Petal Tint tadi, mengapa perlukan Relief Lip Oil ini pula? Haa

, jangan confuse pula.

Lip Oil yang diinspirasikan daripada bunga Camellia merah dan mekar ini mengandungi 10 peratus minyak bijian Camellia Jeju yang memberi lebih kelembapan.

*

Dah jumpa produk yang korang gemari daripada senarai di atas?

Jika sudah, REMAJA ingin memberitahu korang bahawa innisfree sekarang sedang menjalankan promosi khas sempena 2021 Jeju Colour Picker Camellia Edition ini.

Apabila korang membeli mana-mana 2 item solekan daripada koleksi ini, korang akan memperolehi satu cermin mudah alih innisfree berbentuk hati!

Promosi ini boleh direbut menerusi servis WhatsApp E-Greenus dan di mana-mana kedai innisfree.

Published by
FZ