“Tembak Mereka Sehingga Mati,” Presiden Filipina Beri Amaran Penduduk Yang Ingkar Perintah Berkurung

Share

Dalam kita sedang melawan penularan wabak COVID-19, nampaknya Presiden Filipina juga mengambil langkah Kerajaan Korea Utara apabila meminta pihak berkuasa menembak rakyat yang melanggar perintah kuarantin.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran tegas kepada individu yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh perintah berkurung boleh ditembak kerana menimbulkan kekacauan.

Katanya, amat penting untuk setiap rakyat memberi kerjasama dan patuh kepada arahan kuarantin kerana ia satu-satunya jalan bagi memperlahan penyebaran wabak COVID-19.

Dengan keadaan yang semakin meruncingkan ini, penduduk perlu mematuhi arahan yang diberikan kerajaan. Tambahnya, perbuatan sedemikian adalah jenayah yang serius dan tidak boleh dibiarkan

“Saya mengarahkan polis dan askar, sekiranya didapati ada kekacauan atau ada individu yang melawan sehingga membahayakan nyawa anda, tembak mereka sehingga mati.

“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan beberapa kes kekacauan dan tangkapan semalam di kawasan penempatan masyarakat miskin di Manila yang tidak berpuas hati dengan bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan.

Selain itu, kenyataan Duterte itu bagi melindungi petugas hospital yang didakwa berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas.

Terdahulu, rakyatnya yang ingkar dengan perintah yang dikeluarkan kerajaan dikunci dalam sangkar anjing yang sempit malah ada juga yang dijemur di tengah panas, menurut laporan PhilStar.

Seorang pegawai bertindak mengunci 5 individu termasuk 2 kanak-kanak dalam sangkar anjing di bandar Santa Cruz, selatan Manila. Ketua polis daerah pentadbiran setempat juga telah mengancam untuk menembak dan meninggalkan mayat mereka terkunci di dalam sangkar anjing.

Bagaimanapun tindakan agak ‘kejam’ ini menerima kecaman daripada Human Rights Watch dan menghantar bantahan rasmi agar para pegawai menghormati hak mereka yang ditangkap kerana tidak mematuhi arahan perintah sekatan pergerakan ini.

Sebelum ini, sejumlah penduduk di kawasan setinggan di Manila mengadakan bantahan kerana tidak mendapat bantuan makanan yang mencukupi daripada kerajaan. Beberapa kejadian kekecohan juga dilaporkan. Petugas kesihatan Filipina juga berdepan dengan penderaan fizikal dan diskriminasi.

Setakat semalam Filipina merekodkan 2,311 kes jangkitan Covid-19 dengan 96 kematian.

Mungkin kerajaan Filipina pun dah tak tahan kot dengan perangai rakyat yang tidak mahu patuh arahan. Ha ini makannya.

Sumber: BH

Published by
Nana