Berita baik buat masyarakat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri, Sarawak, pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi orang ramai yang berusia 60 tahun ke bawah.
Korang yang berminat boleh mendaftar melalui laman web vaksincovid.gov.my bermula 12 tengah hari esok (26 Mei 2021).
Sebelum ini, pendaftaran vaksin telah pun dibuka di fasa pertama dan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, kini sekali ia dibuka untuk orang ramai yang ingin mengambil suntikan vaksin.
Esok tepat jam 12 tengah hari bersedialah untuk mendaftar ya. Lebih ramai yang divaksin nanti insyaAllah negara kita dapat mengekang COVID-19 daripada terus menular.
Sumber: (1)