Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov (36), dihalau dari penerbangan Frontier Airlines selepas terlibat dalam satu pertikaian dengan kru kapal terbang hanya disebabkan tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Menurut laporan media antarabangsa menyebut insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, apabila seorang pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.
Dalam rakaman video yang tular, pramugari berkenaan berkata, beliau tidak boleh membenarkan Khabib duduk di situ dan memberi pilihan untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.
A video of retired UFC star Khabib Nurmagomedov being escorted off an Alaska Airlines flight has gone viral.
It appears staff reported feeling ‘uncomfortable’ with his apparent grasp of English as he sat in an exit row seat where he would need to assist in an emergency. pic.twitter.com/Bf7S7jLji6
Walau bagaimanapun Khabib yang keliru dengan keadaan tersebut menolak, menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana beliau telah mematuhi semua prosedur dan menjelaskan bahawa beliau fasih berbahasa Inggeris seperti diminta di kaunter daftar masuk.
Ads
Walaupun diberi pilihan tempat duduk lain atau menaiki penerbangan seterusnya, Khabib enggan berganjak. Namun akibatnya, beliau dan rombongannya diiring keluar dari pesawat. Difahamkan, petinju MMA tersebut sedang menuju ke Los Angeles untuk menyokong rakan sepasukan dalam acara UFC 311 pada 18 Januari ini.
Khabib dan rombongannya ketika dihalau keluar dari penerbangan Frontier (Kredit: Lokmat Times)
Dalam pada itu, syarikat penerbangan Frontier Airlines memaklumkan satu siasatan berhubung insiden tersebut sedang dijalankan oleh pihaknya.
Frontier Airlines menerusi platform X berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku terhadap Khabib yang juga beragama Islam.
Ads
“Kami sedia maklum dengan insiden berkenaan dan sedang menjalankan siasatan,” katanya.
Kredit: Championships RoundsFrontier yang membalas kenyataan Khabib di X
Sementara itu, di media sosial pula, ketenangan Khabib menangani konflik sebelum meninggalkan pesawat, Frontier Airlines, turut mendapat pujian ramai.
Ads
Selain itu, syarikat penerbangan tersebut turut dilabel sebagai bersikap perkauman, malah tidak kurang yang berkongsi pengalaman buruk pernah menaiki pesawat syarikat terbabit.
Situasi itu, bagaimanapun, tidak menghalang jurulatih sukan tempur dari Rusia tersebut untuk meneruskan perjalanannya dengan memilih syarikat penerbangan berbeza satu jam setengah selepas kejadian terbabit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak mempertaruhkan bakat yang dimiliki dengan mengorak langkah menyertai America’s Got Talent, baru-baru ini, nama penyanyi yang sedang meningkat naik, anak kelahiran Indonesia Putri Ariani semakin menjadi sorotan dan bualan ramai.
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Sekadar info, Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy bersederhana dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini, selepas kehilangan ibu tercintanya yang juga penyanyi veteran, Allahyarham Rohana Jalil.
Menurut laporan media tempatan, pelakon filem popular Hoore! Hoore! itu mendedahkan dia tidak membuat sebarang persiapan raya dan hanya fokus kepada keluarganya sahaja.
“Baju raya pun saya tak beli. Tiada raya tahun ini untuk saya. Malah saya akan raya dengan mama kat kubur dia. Macam mama pernah pesan pada saya, reda dengan semua ketentuan Allah, insya-Allah semuanya akan okey.
“Fokus saya sekarang ialah pada yang masih ada iaitu papa, adik-beradik, sepupu dan lain-lain. Ustazah saya kata, Mama akan gembira kalau kita gembirakan orang-orang dia sayang yang masih hidup.
“Jadi, untuk tidak rasa sedih sangat, saya pastikan buat amal jariah dan sebagainya untuk mama setiap hari dalam hidup saya selagi saya masih hidup,” katanya.
Tambah Kilafairy lagi, dia masih sukar untuk melupakan setiap momen bersama ibunya selama hidup bersama.
“Memang tak boleh nak fikir kerana banyak sangat. Cuma, saya rindu masakan mama. Ya Allah rindunya keceriaan dia.
“Mama ini ibarat ‘sunshine’ dalam hidup kami. Sentiasa ceria setiap hari dan menggembirakan hidup kami. Sekarang cahaya matahari dah hilang. Saya tak akan pernah jadi orang yang sama seperti saya sebelum ini,” ujarnya.
Sekadar info, Allahyarham Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil telah meninggal dunia pada 20 Jun tahun lalu ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas kejayaan #KempenBenderaPutih yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan yang positif daripada orang ramai, Kempen Kibar Bendera Merah pula muncul untuk membantu mereka yang mempunyai haiwan peliharaan.
Kempen ini dilancarkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia). Menurut Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika, inisiatif itu bertujuan untuk membantu pemilik haiwan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk mendapatkan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.
Foto hiasan: Pexels
Berikutan peningkatan dalam kes pembuangan haiwan akibat pemilik mereka yang terjejas teruk dan banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan sedangkan haiwan itu telah lama dipelihara, dan mereka juga adalah keluarga.
Tidak cukup dengan itu, haiwan yang telah dibuang ini juga menerima kecederaan di tubuh badan mereka, dan keadaan mereka juga tidak terurus sejak dibuang oleh pemilik mereka. Keadaan sebegini boleh menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat penyakit berjangkit dan juga boleh menyebabkan kematian kerana persekitaran yang tidak baik itu.
Foto hiasan: Pexels
Kempen ini telah diketuai oleh pengurus projek mereka iaitu Ashraf Ariff, dan beliau berkata penduduk hanya perlu mengibarkan bendera merah di rumah mereka, untuk memberi isyarat yang mereka memerlukan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.
Arie juga berharap agar kempen ini mendapat sambutan ramai, seperti mana kempen Bendera Putih juga telah mendapat sambutan. Beliau menyeru semua rakyat Malaysia agar memainkan peranan dalam usaha ini untuk membantu pemiliknya dan membela nasib kucing dan anjing ini.
Foto: Berita Harian
Inisiatif ini juga diambil agar kita dapat mengekang masalah pembuangan haiwan peliharaan ke jalanan dan sekaligus membanteras masalah kezaliman terhadap haiwan.
Semoga kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan, dan juga dapat menarik orang ramai agar tampil kehadapan untuk memberi bantuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!