Bagi si kaki travel, mereka sering kali berasa excited bila terbaca tentang tempat-tempat baru yang menarik untuk dikunjungi. Pasti ada saja plan mereka untuk melancong ke tempat baru.
Kali ini, kami nak senaraikan antara tempat-tempat menarik di negara Islam yang korang boleh kunjungi.
1. Bandar Constantine, Algeria
Bandar ini dibina di sekitar bukit dan lembah yang dikelilingi Sungai Rhumel, serta dihubungkan dengan jambatan yang mengagumkan. Ia merupakan bandar ketiga terbesar di Algeria dan terdapat banyak bangunan bersejarah yang sudah tentu bakal menjadi tempat menarik untuk korang ber’OOTD’.
2. Waw an Namus, Libya
Merupakan kawasan oasis di sebuah gunung berapi tidak aktif yang terletak di Libya. Apa yang menariknya, oasis ini berada di tengah-tengah kawasan gunung berapi. Lokasi ini juga dipanggil ‘Oasis Nyamuk’ kerana terdapat banyak nyamuk disini. Ia juga dikelilingi kira-kira 10-20 kilometer kawasan berdebu hitam bekas letusan gunung berapi yang terjadi ratusan tahun dulu.
3. Gurun Pasir Putih, Mesir
Tidak seperti padang pasir yang berwarna kuning keemasan yang selalu korang bayangkan, disini padang pasirnya putih kerana terdapat batuan kalsium yang terbentuk daripada hakisan angin. Kalau dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti kawasan putih bersalji. Tempat ini menjadi tarikan pelancong kerana bentuk-bentuk batuan disini seperti cendawan gergasi dan ais krim.
Hm, macam best je!
4. Bandar Biru Chefchaouen, Morocco
Kelihatan sedikit sama dengan Santorini di Greece, Chefchaouen adalah sebuah bandar berwarna biru yang terletak di kawasan pergunungan Maghribi. Kenapa bandar ini berwarna biru? Ada yang berpendapat untuk mengekalkan budaya masyarakat Yahudi yang pernah menetap disitu dan ada pula yang mengatakan untuk menjadikan bandar itu lebih sejuk, serta ada juga yang cakap bangunan dicat biru untuk menghalau nyamuk.
5. Pulau Socotra, Yaman
Dikenali sebagai ‘pulau alien’, ia diberi julukan nama tersebut kerana flora dan fauna yang ada disini mempunyai bentuk yang sangat pelik dan tidak terdapat di tempat lain. Tumbuhan yang paling terkenal disini adalah pohon yang berbentuk payung raksasa atau dipanggil ‘Pohon Darah Naga’. Kalau korang memang suka tempat-tempat yang rare, Pulau Socotra adalah pilihan terbaik.
So, lepas ni korang dah ada idea ke nak bercuti di mana?
Sumber: Islam Itu Indah