Tempat Peranginan Popular Langkawi Ditutup Sementara, 17 Pekerja Positif COVID-19

Share

COVID-19 di negara kita nampaknya belum lagi reda kerana sehingga semalam, kes positif masih mencatatkan ribuan angka. Namun, kita semua sudah sedia maklum bahawa COVID-19 ini berada dalam fasa endemik dan masyarakat terpaksa mengharunginya.

Terbaharu, sebuah tempat peranginan di Langkawi ditutup sementara mulai semalam berikutan kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja mereka.

Foto: thedatai.com

Penutupan itu atas inisiatif pihak tempat peranginan tersebut bagi mengekang penularan wabak, sekali gus menjamin keselamatan pekerja serta pelancong.

Hasil siasatan awal, kes itu merupakan penularan tempatan di kalangan pekerja dan tidak melibatkan pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Menurut Bernama, pengesanan awal kes ini didapati apabila pekerja resort itu sendiri membuat ujian kendiri saringan COVID-19 yang perlu dibuat setiap dua minggu dan 17 kes positif telah disahkan Jabatan Kesihatan negeri setakat ini.

Tempat peranginan yang disahkan oleh Bernama adalah Datai Langkawi dan pihak hotel mengambil keputusan untuk menutup sementara premis berkenaan dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari bermula semalam.

Foto: thedatai.com

Kontak rapat terhadap kes ini sedang dikesan dan bagi individu yang terlibat mengalami gejala seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas yang teruk, segera lakukan ujian saringan COVID-19 dan dapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan berhampiran.

So guys, jika korang pergi bercuti pastikan masih mengekalkan penjagaan SOP lagi-lagi di tempat yang ramai orang. Apa-apa pun, berhati-hatilah setiap kali berada di tempat awam okay?

Jangan lupa amalkan memakai pelitup muka. Stay safe!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman