Tempias Kes Di Mall, Sunway Lagoon Tangguh Pembukaan Acara Seram

Share

 

Setelah seminggu membuatkan bakal pengunjung teruja, acara ‘taman tema berhantu’ tahunan di Sunway Lagoon iaitu Day.Light Fright yang sepatutnya berlangsung mulai 3 Oktober (Sabtu) ini terpaksa ditangguhkan.

Ini berikutan laporan kes wabak Covid-19 yang berlaku di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid beberapa hari yang lalu.

Justeru, setelah melihat respon rakyat Malaysia yang kini dalam keadaan lebih berjaga-jaga, acara Day.Light Fright yang menggantikan acara Night of Fright ini telah ditunda ke 17 Oktober kelak sehingga 15 November.

Menurut akaun Facebook Sunway Lagoon, ia merupakan keputusan yang terpaksa diambil oleh mereka dengan hati yang berat.

“Kami tahu, keputusan ini akan mengecewakan peminat ‘fright’ dan tetamu kami. Namun, kami ingin memastikan bahawa pengalaman mereka di Sunway Lagoon adalah pengalaman terbaik dan dalam keadaan yang tidak gusar.”

Walaupun Day.Light Fright telah ditunda, taman tema itu masih beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pihak Sunway Lagoon sentiasa memastikan kawasan mereka disanitasi sekerap mungkin. Malah, jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki taman tema itu juga dihadkan kepada 50% daripada kapasiti sebenarnya.

Bagi korang yang telah membeli tiket Day.Light Fright, pihak Sunway Lagoon boleh membantu korang emel ask_lagoon@sunway.com.my atau di talian 03-5639 000.

Published by
FZ