Hari ini merupakan hari terakhir bagi pemberian insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi pembelian kenderaan baharu.
Tidak hairanlah apabila ramai berebut bagi menempah model kenderaan baharu masing-masing sepanjang bulan ini mengikut keinginan, minat serta bajet pembelian.
Cumanya, kebelakangan ini, timbul perbincangan dalam kalangan peminat jenama kenderaan kerana isu kekurangan bekalan cip mikro dalam industri automotif global masih berterusan sejak sejak tahun lalu.
Secara tidak langsung, ia menyebabkan pembeli kenderaan baharu terpaksa menunggu lebih lama sebelum menerima kenderaan yang ditempah.
Kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA), mereka masih tidak dapat mengagak bila masalah menunggu ini dapat diselesaikan. Apa yang pasti, semuanya bergantung kepada model dan jenama pengeluar.
Tidak kiralah sama ada korang membeli model kereta CKD (pemasangan tempatan) atau model kereta CBU (import sepenuhnya), masing-masing terkesan dengan isu kekurangan bekalan cip mikro. Tidak kiralah mahal atau murah, tanpa adanya komponen itu,kenderaan tidak dapat dikeluarkan.
*
Tidak lama dahulu, jenama pengeluar Proton telah menerima tempias rungutan daripada pembeli model kenderaan tertentunya akibat ketiadaan komponen. Ramai meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa menunggu lama mencecah enam bulan untuk mendapatkan model kereta Proton idaman masing-masing; lebih-lebih lagi pembeli model Proton Saga dan Proton X50 yang mendapat permintaan tinggi.
Secara purata Proton menerima kira-kira 26,000 tempahan setiap bulan dengan model Proton Saga dan Proton X50 mendapati permintaan tertinggi.
Proton Saga secara amnya memerlukan tempoh menunggu kira-kira dua bulan bergantung kepada pilihan warna dan varian. Proton X50 pula lebih lama iaitu kira-kira enam bulan.
Begitupun, harus diingat isu tempoh menunggu lama bagi mendapatkan kereta yang ditempah bukan hanya membabitkan pengeluar tempatan tetapi juga jenama kenderaan antarabangsa. Jika korang beranggapan tempoh menunggu kenderaan Proton lama, ada lagi jenama lain yang lebih lama tempohnya!
Percaya tak, jenama Suzuki memerlukan tempohan menunggu maksimum yang lebih lama iaitu hingga ke 9 bulan. Ia sekaligus menjadikan anggaran tempoh menunggu kereta bagi Proton yang kedua paling lama; dan diikuti oleh Toyota, Perodua, Honda, Mitsubishi dan lain-lain jenama.
Yang menjadi mangsa tentulah pembeli yang ada di antaranya telah melepaskan kenderaan lama dan kini tidak mempunyai kenderaan lain. Malah, ada juga yang terpaksa redha dengan tempoh tempahan yang dipanjangkan melebihi enam bulan hinggakan mereka mengambil keputusan untuk membatalkan sahaja tempahan.
Ada di antara korang yang juga mengalami nasib sama? Cer cerita di bahagian komen.
Sumber Infografik : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.