Fenomena angin kuat dari Timur Laut yang sedang melanda rantau Asia Tenggara pada waktu ini bukan sahaja dirasai oleh Malaysia. Malah, negara-negara serumpun termasuklah Singapura juga terkena tempias cuaca sejuk dan hujan berterusan.
Akibatnya, ibu kota Singapura bertukar menjadi lokasi berkabus tebal sehinggakan ramai warganet dari sana menggelar kawasan CBD atau Central Business District di sana ibarat Genting Highland!
Sama seperti di Kuala Lumpur (dan kebanyakan negeri di seluruh negara), Singapura kini sedang mengalami cuaca hujan berterusan pada setiap hari.
Sekiranya cuaca di sana turun sebanyak 1°C sekalipun pada waktu malam, ia sudah cukup untuk membuatkan Singapura berkabus di sebahagian lokasi. Pada sesetengah waktu, suhu di Singapura boleh turun sehingga mencecah 22°C.
Lantas pemandangan pelbagai bangunan pencakar langit di sana yang dilitupi kabus telah membuatkan ramai teruja memandangkan ia jarang-jarang berlaku.
Cer lihat pemandangan dari puncak bangunan Marina Bay Sands yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Denz Pascual Maglalang di bawah.
Ini pula foto-foto cuaca berkabus yang dibidik daripada pandangan jalan raya dan dikongsikan oleh para pembaca portal mothership.sg.
ARTIKEL BERKAITAN: “Fikir 10 Kali Nak Cuti Singapura..” Paras Ringgit Paling Rendah Berbanding Dolar Dalam Sejarah – REMAJA
REMAJA percaya, keadaan sama dapat disaksikan di sekitar Kuala Lumpur sekiranya hujan melanda di siang hari.
Tapi ingat! Dalam pada korang merasa teruja merekod video dan mengambil foto, hati-hati ya dengan keadaan jalan licin.
SUMBER: mothership.sg.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.