Orangnya bukan sekadar cantik tetapi juga bijak dan berpendidikan tinggi.

TAHNIAH diucapkan buat Yang Mulia Tengku Ameera Asya, anakanda Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains”

ARTIKEL BERKAITAN : Tampil Cemerlang, Anakanda Sulung Tengku Permaisuri Selangor Tamat Pengajian Sarjana Kejuruteraan Pada Usia 22 Tahun

Memuat naik foto diapit bonda dan ayahanda pada majlis konvokesyen di laman sosial Instagram, graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dan Pemasaran, Taylor’s University itu berkongsi kapsyen pendek.

Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains”

Tidak lokek senyuman dan rajin melayan peminat, perkembangan baharu puteri ini turut dikongsikan peminat Tengku Ameera di platform media sosial.

Rata-rata mereka bukan hanya terpikat dengan aura puteri diraja tersebut, malah mengagumi sikap rendah diri Tengku Ameera Asya.

Hujung Jun lepas, Tengku Ameera menghadiri majlis konvokesyen Taylor’s 2024 di Lakeside Campus, Petaling Jaya. Berkongsi momen indah itu di media sosial miliknya, Tengku Ameera Asya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dan Pemasaran.

Lebih istimewa, beliau meraih ijazah kelas pertama!

Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains” Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains” Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains”

“I am beyond elated to share that I’ve graduated with First Class Honours in Bachelors of Mass Communication (Honours) Public Relations and Marketing from Taylor’s University!

Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains”

I’m grateful beyond words to have this achievement and it wouldn’t have been possible without the unwavering support of my family, lecturers, and loved ones.”

Turut hadir meraikan majlis konvokesyen Tengku Ameera ialah ayahanda dan bonda tersayang. Terdahulu, Tengku Ameera turut mendapat pendidikan di The British International School of Kuala Lumpur.

Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains”

Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains”

Info Tambahan : YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang mendirikan rumah tangga pada Julai 2002.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu YM Tengku Ameera Asya, YM Tengku Eddie Akasya, YM Tengku Ahmad Firhan Shah dan YM Tengku Armaan Alam Shah.

ARTIKEL BERKAITAN : Ragu-Ragu Hukum Inai ‘Mesra Wuduk’ Yang Tengah Viral. Ini Jawapan Mufti

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI