Berita

Tengku Muhammad Iskandar & Tengku Natasya Selamat Diijab Kabul, Tampil Tampan Berseri Dengan Rona Putih

Share

 

Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan sah bergelar suami isteri dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang malam ini.

Pasangan Pengantin Diraja itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Natasya, Kenali Bakal Suri Hati Tengku Muhammad Iskandar

Tengku Muhammad Iskandar tampak segak dengan mengenakan baju Melayu berona putih lengkap dengan samping songket.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula dilihat mengenakan sepersalinan sedondon berwarna hijau.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Natasya Pilihan Hati Tengku Muhammad Iskandar, Istiadat Perkahwinan Berlangsung 3 Hari

Sekadar info, bukan sahaja Istiadat Akad Nikah, malah Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Pekan, Pahang.

Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada Jumaat ini, manakala Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad, 27 Oktober.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: RTM

Published by
Fath