Tengku Puteri Iman Afzan Berkenan Menjadi Penaung NCMW Malaysia.

Share

Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan telah berkenan menjadi Penaung Diraja Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental (NCMW) di Malaysia.

Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental ini dimulakan dek keperluan yang semakin meningkat bagi membantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan mental khususnya ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Gabungan yang dimulakan oleh Rotary District 3300 Action Group on Mental Health Initiative ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu rakyat dan individu yang terkesan kerana kesihatan mental.

Tengku Puteri Iman Afzan menyemat riben hijau ke dada Ayahanda sebagai simbolik sokongan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada September lalu.

.

Dalam satu kenyaatan media oleh RID3300, Tengku Puteri Iman Afzan yang bertindak sebagai penaung Diraja akan aktif mempromosikan kesihatan mental sekaligus pimpinan dan kebijaksanaan baginda memainkan peranan yang sangat penting bagi menggalakkan kesihatan mental.

Terdahulu pada September lalu, Tengku Puteri Iman Afzan merupakan penaung antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 dan pelantikan tersebut diakui oleh Pertubuhuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber: Berita Harian

Sumber gambar: Instagram Tengku Puteri Iman Afzan

Published by
Fiezreen