
Mulia sunguh hati anggota Tentera Laut Thailand yang sanggup terjun ke laut demi menyelamatkan kucing yang ditinggalkan di atas kapal yang sedang tenggelam. Kapal tersebut pada mulanya telah terbakar berdekatan Pulau Koh Adang dan lapan kru kapal telah berjaya menyelamatkan diri.
Tentera Laut telah bergegas ke tempat kejadian bagi memeriksa bangkai kapal itu dan juga memastikan tiada tumpahan minyak berlaku. Namun apa yang mengejutkan mereka, setelah diamati terdapat empat ekor kucing sedang berpaut pada bahagian hujung muncung kapal yang telah separuh tenggelam itu.
.
Tanpa berfikri panjang, salah seorang tentera laut yang bertugas dikenali sebagai Thatsaphon Saii, 23, telah terjun ke laut dan berenang bagi menyelamatkan keempat-empat ekor kucing tersebut. Tiga ekor kucing dimasukkan ke dalam karung guni manakala seekor lagi telah berpaut erat di belakang tentera laut itu.
.
Keempat-empat ekor kucing itu telah dibawa ke pejabat penyelamat dan dijaga rapi. Semoga kucing-kucing tersebut berjaya menemui tuan baharu yang akan menyayangi ia sebaiknya.
Sumber: The Irish Sun, Sumber gambar: Viral Press
DS Rosmah Pernah Nasihat Rakyat, Cukup Beli Baju 2 Pasang Di Masjid India, Satu RM60, Jangan Membazir!

Semalam dalam satu waran menggeledah ke rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, polis menemukan beberapa barangan peribadi yang cukup memeranjatkan rakyat betapa banyaknya beg tangan berjenama mewah yang dipercayai milik DS Rosmah Mansor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama termasuk Hermes Birkin di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib).
“Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” katanya.
Beliau berkata, polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.
Difahamkan, maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Terdahulu lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya. Kes ini disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 (Amla) dan melibatkan 33 anggota polis.
Namun mungkin bagi rakyat yang sudah terlupa, pada tahun 2014 dahulu, DS Rosmah pernah mengajak rakyat berjimat cermat terutama menjelang hari raya yang bakal tiba. Penyataan ini dinyatakan sekitar tahun 2014.
Dalam satu ucapan, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan orang ramai tidak berbelanja dengan boros untuk menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri akan datang.
Katanya, walaupun banyak jualan murah sedang berlangsung di ibu kota, Rosmah menasihatkan wang sumbangan daripada MRCB yang disampaikannya disimpan untuk pendidikan anak dan perubatan.
“Jadi janganlah boros sangat, nak beli baju raya, satu dua pasang cukup.
“Satu pasang RM60, dua pasang jadi RM120. (Wang) yang lebih kita simpan,” katanya dalam majlis sumbangan Ehsan MRCB sempena Ramadan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Beliau juga berharap penerima sumbangan itu akan menghargainya dan berbelanja secara sederhana.
Mungkin korang boleh tengok saranannya di sini.
Nasib Malang Ronaldinho, Dari Gaji RM540,000 Seminggu Kini Hanya Ada RM27 Dalam Kocek Seluar!

Siapa tak kenal Ronaldinho, pemain legend dan popular dengan gelaran ‘King of Skill’. Menjalani karier profesional selama 20 tahun dengan mewakili pasukan kebangsaan Brazil dan beberapa kelab terkenal di Eropah seperti, Barcelona dan AC Milan.
Selepas pengunduran Ronaldinho, peminat bola sepak saban hari mendengar berita yang kurang enak tentang pemenang Ballon D’Or tahun 2005 itu.
Pelbagai isu dan kontroversi telah timbul membabitkan dirinya sehingga menyebabkan status kewangan beliau terjejas dan hampir terancam untuk muflis.
Namun, baru-baru ini kita dikejutkan dengan penangkapan bekas bintang bola sepak dunia Ronaldinho di Paraguay.
Ronaldinho and his brother have been arrested for entering Paraguay with fake passports.
His fake passport shows his correct name, birthplace, and birthdate, but it falsely suggests that he’s a naturalized Paragauay citizen. 🇵🇾😳 pic.twitter.com/x4qBTijJMQ
— Football Tweet (@Football__Tweet) March 5, 2020
Beliau ditangkap pihak berkuasa tempatan selepas disyaki menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara itu bersama-sama dengan abang kandung dan pengurusnya.
Menurut laporan SportBible, Ronaldinho menggunakan passport palsu kerana dia kini sedang digantung daripada menggunakan pasport Brazil selepas terdapat denda yang tidak diselesaikan di tanah airnya.
Tapi yang peliknya macam mana ‘kehidupan’ Ronaldinho menjadi gelap?
Kekayaan yang dimiliki Ronaldinho sebelum ini tidak boleh dinafikan lagi.
Sumber data dari Forbes pernah menyatakan bahawa Ronaldinho sebagai pemain bola sepak paling tertinggi menerima pembayaran gaji pada tahun 2007 dengan anggaran pendapatan sebanyak $29.5 juta (RM96 juta).
Selain itu, pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, Liga Juara-Juara, Copa Libertadores dan Pemain Terbaik Tahunan Dunia itu juga pernah disenaraikan antara 10 pemain bola sepak paling terkaya di dunia.
Ronaldinho memiliki kekayaan di Brazil, Greece, Barcelona serta Florida dengan jumlah keseluruhan sebanyak £ 78 juta (RM420 juta). Wow banyak tu!
Hukuman dari Mahkamah
Football-Italia mendakwa krisis kewangan yang dihadapi Ronaldinho diyakini berpunca dari hubungan tidak baik dengan pemerintah kerajaan Brazil.
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib malang yang sedang dihadapi Ronaldinho pada ketika ini. Selepas pasport disita, pihak berkuasa kemudiannya melancarkan operasi menyita barang-barang peribadi milik Ronaldinho.
Emm…macam itu la kehidupan kita di dunia ini kan, ada kala kita di atas dan ada kala kita dibawah. Tapi bila kita diatas moga kita ‘beringat’ di masa akan datang. Jadi REMAJA doakan terbaik buat legenda bola sepak dunia ini.
Sumber : hmetro, semuanyabola
Remaja Biadab! Curi Roti Dan Tumbuk Pakcik Tua Tanpa Rasa Serba Salah

Isi Kandungan
ToggleBIADAB. mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang remaja lelaki yang sanggup menumbuk seorang lelaki tua, si penjual roti apabila tindakannya mengambil roti tanpa membayar dihalang.
Sanggup Tumbuk Pakcik Tua Sebaya Bapanya!
Tular video di laman sosial yang telah menimbulkan reaksi geram kerana tindakan remaja terbabit. Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat hampir seribu lebih komen daripada para netizen yang tidak berpuas hati dengan kelakuannya.
Dalam video tersebut, jelas menunjukkan remaja lelaki itu dilihat mengambil beberapa bungkusan roti yang digantung dan terus beredar tanpa membuat sebarang pembayaran.
Sedar dengan perbuatan pemuda itu, pakcik peniaga roti terbabit dilihat mengejar lelaki itu untuk mengambil semula roti-roti jualannya. pemuda berkenaan seperti enggan melepaskan semula roti yang diambil malah menyembunyikan di belakang badannya.
Paling sadis, lelaki itu bertindak menyerang peniaga tersebut dengan menghayunkan tangannya ke arah dada peniaga tersebut dan terus beredar.
Penulis paling sedih melihat video pakcik tua ini memegang dan mengusap dadanya yang telah ditumbuk oleh remaja lelaki berbaju merah itu. Mungkin kesan daripada tumbukan itu masih terasa sakitnya. Emmm
Netizen Turut Rasa Kesal & Marah
Rata-rata warganet jelas kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pemuda itu malah dilabelkan sebagai biadab.
Bagi penulis adab itu harus ditanam dalam setiap diri remaja sekarang agar tidak menimbulkan sebarang masalah sosial di masa hadapan. Tak salah kan minta kalau tiada wang pun.
Sumber : Facebook Penang Kini