Satu lagi berita yang menjadi bualan hangat apabila pada Pilihan Raya Umum ke-18 awal tahun ini memberi impak besar buat seluruh rakyat Malaysia. Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional ke tangan Pakatan Harapan menjadi topik ‘panas’ sepanjang bulan Mei lalu.
Antara yang paling mendapat tumpuan adalah apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad sekali lagi diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dan sekali gus menjadi bualan tentang teori nama bekas Perdana Menteri pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman yang disebut-sebut selama ini sebagai Teori Rahman.
Susunan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini..
Apa yang menariknya tentang teori ini? Jom kita recap balik!
Hari ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia masih membicarakan tsunami politik yang benar-benar memberi pukulan “smash kencang” kepada Barisan Nasional dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Sebelum keputusan diumumkan awal pagi tadi, ada banyak cakap-cakap di belakang mengenai #tsunami orang Melayu, #anak muda, #gelombang kemarahan rakyat tentang gst dan pelbagai lagi bualan lain. Namun satu yang pasti dan benar-benar menjadi igauan tentunya teori nama bekas Perdana Menteri pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN yang disebut-sebut selama ini sebagai TEORI RAHMAN yang mana ia menjadi susanan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini.
Ads
Jika diukur tentang sejarah Malaysia, teori nama ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memerintah selama 13 tahun bermula dari 1957 hingga 1970. Beliau digelar bapa kemerdekaan negara.
Selepas ketiadaannya, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua selama enam tahun bermula dari 1970 sehingga 1976 dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau mewakili huruf A bagi teori ini. Malah generasi Felda pasti cukup mengingati allahyarham kerana bermula dari era beliaulah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di Malaysia.
Teori nama RAHMAN ini diteruskan apabila Tun Hussein Onn diangkat sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia dan mewakili huruf H. Bapa kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishamudin Tun Hussein Onn ini memerintah Malaysia bermula dari 1976-1981. Kejayaannya yang paling besar ialah menyatu padukan penduduk pelbagai kaum sehingga digelar Bapa Pembangunan.
Ads
Seterusnya, mewakili harapan seluruh rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dan paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Auranya sudah cukup bergema ke seluruh pelusuk tanahair sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekali pun kalah dalam pilihanraya sejak 60 tahun lalu dan tahun ini Pakatan Harapan mencatat sejarah dalam negara.
Selepas turun dari memerintah Malaysia, teori nama ini berjangkit kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili huruf A bagi nama RAHMAN ini. Hanya memerintah selama enam tahun bermula dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, beliau kemudiannya digantikan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mewakili huruf N.
Ads
Ternyata hari ini, dengan kemenangan kerusi di Parlimen sebanyak 89 sahaja, kerajaan Barisan Nasional gagal membentuk kemenangan mudah dan teori nama RAHMAN BERAKHIR pada hari ini dengan enam Perdana Menteri Malaysia terlantik setakat ini.
Nyata, teori nama RAHMAN ini benar-benar BERHANTU dan menjadi kenyataan kerana era UMNO bagi rakyat Malaysia sudah mulai hilang popularitinya khususnya di kalangan anak muda yang benar-benar bangkit sekaligus menjadikan medium politik Malaysia yang mahukan suara anak muda lebih lantang di Parlimen mula menjadi kenyataan.
Dengan kekalahan Barisan Nasional, nampaknya nama-nama favourite seperti Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk diangkat sebagai Perdana Menteri semakin menjauh. Begitu juga Ketua Pemuda yang tall, dark dan hensem iaitu Khairy Jamaludin juga semakin menjauh bagi tempoh 5 tahun ini. Tidak terkecuali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
*****
Apa-apa pun, sebagai rakyat Malaysia kita perlu rapatkan ukhwah untuk mencapai keamanan dan kemakmuran demi masa depan negara.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah hampir 80 hari rakyat Malaysia patuh (walau ada segelintir melanggarnya) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan untuk mengelak penularan COVID-19.
Malah tindakan diambil kerajaan ternyata tepat kerana jumlah mereka dijangkiti masih agak rendah malah mereka sembuh juga ramai.
Dalam satu perutusan dari admin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara pasti tidak sabar menunggu 3 petang ini.
Tinggal beberapa jam lagi sebelum Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkembangan terkini PKP.
Jam 3 petang nanti rakyat Malaysia akan tahu sama ada PKP ditamatkan atau dilanjutkan atau mungkin juga digantikan semi EMCO di kawasan berisiko tinggi.
Apapun pengumuman PM, kita telah menjadi sebahagian sejarah apabila pertama kali negara menguatkuasa PKP pada 18 Mac lalu.
Penyakit korona virus 19 atau COVID19 telah mengubah kehidupan manusia sejagat termasuk kita semua di Malaysia.
Tidak pernah terbayang, rutin harian kita berubah sekelip mata. Jalan raya sunyi sepi, pusat beli belah ditutup, pengangngkutan awam henti operasi, lapangan terbang ditutup malah kedai serba aneka yang beroperasi 24 jam 365 hari setahun, 7 Eleven beroperasi dengan had masa.
Sejak 18 Mac, kita jaga kita biarpun saling tidak kenal. Setiap hari kita berdoa tiada rakyat kita dijangkiti dan meninggal dunia.
Sejak PKP, kehidupan kita semua terkesan. Suka atau tidak, ia pengalaman yang akan dicatat dalam sejarah negara ini.
Masak apa tak jadi jadi hari ini, Cik Kiah sehinggalah tarian shuffle Ke Sana Ke Sini, ia akan kekal dalam ingatan kita.
Tiada tradisi Balik kampung sempena Aidilfitri, sambutan Hari Kaamatan dan Pesta Gawai tidak seperti kebiasaan adalah pengorbanan kita untuk negara. Sumbangan dan jasa barisan hadapan tidak mampu diungkap dengan kata -kata.
Jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan kerana kepatuhan SOP adalah kejayaan awal untuk semua rakyat Malaysia.
Apapun keputusan diumumkan nanti, kita semua akan terus hidup dengan cara baharu 'ditemani' Covid19.
Tiada siapa tahu bila kita akan kembali hidup norma biasa. Harapan kita agar vaksin ditemui segera. Admin-
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Yayasan Tuanku Abdul Rahman telah membuka permohonan untuk memohon Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak (BPTAR) 2020.
Bantuan ini diwujudkan bagi mengenang jasa Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. BPTAR 2020 diberikan khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin atau B40 bagi membantu mereka menampung kos sara hidup semasa menuntut di IPTA atau Universiti Awam.
Pelajar yang layak menerima BPTAR 2020 akan menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan selama 2 semester atau 10 bulan pengajian. Hanya seramai 15 orang pelajar dari setiap universiti awam sahaja yang akan dipilih dan pastikan mereka benar-benar layak.
Permohonan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 9 Disember 2020.
Gambar hiasan
Syarat permohonan BPTAR yang perlu korang tahu adalah seperti berikut:
1. Pemohon ialah warganegara Malaysia
2. Pemohon berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/UA
3. Pemohon datang daripada keluarga miskin tegar atau B40 dengan pendapatan keluarga RM4,849 ke bawah
4. Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak untuk memohon
Cara memohon
Pelajar perlu:
• Muat turun borang permohonan di https://drive.google.com/file/d/1RNR9Y4FaL0Hts4MnzG9h9JDzdMe1i95a/view
• Borang tersebut hendaklah diisi dengan menggunakan tangan dan huruf besar atau ditaip
• Isi borang dengan lengkap dan betul
• Emel borang yang lengkap diisi bersama dokumen kepada pihak universiti sebelum tarikh tutup permohonan
Berikut merupakan alamat emel yang boleh dirujuk:
• Universiti Malaya – aasc@um.edu.my
• Universiti Sains Malaysia – naziroh@usm.my/nurilanee@usm.my
• Universiti Teknologi Malaysia – sita@utm.my
• Universiti Kebangsaan Malaysia – kebajikanhepukm@gmail.com
• Universiti Pendidkan Sultan Idris – jhepa@upsi.edu.my
• Universiti Teknologi Mara – upkp@uitm.edu.my
Gambar hiasan
Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan:
1. Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga
2. Surat pengesahan majikan ibu bapa
3. Dokumen lain (sekiranya ada)
Diingatkan juga pelajar yang berjaya menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir semester 1 2020/2021 kepada pihak YTAR. Selain itu, mereka juga dikehendaki mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2020/2021.
Maklumat lanjut proses ini akan disusuli dengan emel kepada pegawai yang bertanggungjawab dan pelajar. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web YTAR, https://www.yayasantar.org.my/
Jika korang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah mohon bantuan ini. Mana tahu ada rezeki korang kan.
Dalam pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai R250 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri ada memaklumkan beberapa kategori penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Terdapat beberapa kategori dan pendapatan bulanan iaitu B40 isi rumah RM4000 ke bawah akan menerima RM1600. B40 Bujang RM2000 ke bawah akan menerima RM800 manakala M40 Isi Rumah RM4001 hingga RM8000 dan M40 Bujang RM2001 hingga RM4000.
Memandangkan kerajaan sudah membuat bayaran sebanyak dua kali kepada individu yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional ini namun timbul beberapa persoalan bagaimana kriteria kiraan dibuat oleh pihak LHDN terhadap pemohon yang mendapat jawapan TIDAK LULUS.
Antara jawapan tidak lulus diterima adalah semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/ pasangan melebihi RM8000.
Antara lain ialah tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi, pemohon/ pasangan boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui https://gkp.hasil.gov.
Anda juga ditulis Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi.
Malah mulai semalam juga ada yang membuat pertanyaan, mengapa bantuan orang bujang yang berpendapatan di bawah RM2000 hanya menerima RM500 bukan RM800 seperti diumumkan.
Antara luahan disuarakan oleh pemohon adalah, mereka tidak tahu makenisme bagaimana kiraan pendapatan mencecah sehingga RM8000 sedangkan pendapatan mereka tidak sebegitu. Malah ada yang menganggap mendaftar di SSM hanya untuk menjadi agen dropship sahaja dan bukannya menjalankan perniagaan. Malah ada mahu pihak LHDN membuat semakan dengan telus bagi memastikan pemohon yang berhadapan dengan masalah kewangan memperolehnya.
Boleh semak mulai semalam ya!
Walau isu ini berlegar di kalangan rakyat, Menteri Kewangan, YB Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan media semalam memaklumkan sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak 1.7 bilion.
Status permohonan baru boleh disemak mulai 9 Mei di pautan https://bpn.hasil.gov/my. Bagi mereka yang layak pembayaran BPN akan dibuat secara sekaligus mulai 15 Mei 2020.
Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan ini jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta orang merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion iaitu tambahan RM1 biion berbanding peruntukan asal RM10 bilion. Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.
Cubalah buat semakan mana yang tidak lulus sebelum ini. Mana tahu ada rezekikan di bulan Ramadan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...