[Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?

Share

Satu lagi berita yang menjadi bualan hangat apabila pada Pilihan Raya Umum ke-18 awal tahun ini memberi impak besar buat seluruh rakyat Malaysia. Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional ke tangan Pakatan Harapan menjadi topik ‘panas’ sepanjang bulan Mei lalu.

Antara yang paling mendapat tumpuan adalah apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad sekali lagi diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dan sekali gus menjadi bualan tentang teori nama bekas Perdana Menteri pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman yang disebut-sebut selama ini sebagai Teori Rahman.

Susunan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini..

Apa yang menariknya tentang teori ini? Jom kita recap balik!

Hari ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia masih membicarakan tsunami politik yang benar-benar memberi pukulan “smash kencang” kepada Barisan Nasional dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan.

Sebelum keputusan diumumkan awal pagi tadi, ada banyak cakap-cakap di belakang mengenai #tsunami orang Melayu, #anak muda, #gelombang kemarahan rakyat tentang gst dan pelbagai lagi bualan lain. Namun satu yang pasti dan benar-benar menjadi igauan tentunya teori nama bekas Perdana Menteri pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN yang disebut-sebut selama ini sebagai TEORI RAHMAN yang mana ia menjadi susanan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini.

Jika diukur tentang sejarah Malaysia, teori nama ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memerintah selama 13 tahun bermula dari 1957 hingga 1970. Beliau digelar bapa kemerdekaan negara.

Selepas ketiadaannya, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua selama enam tahun bermula dari 1970 sehingga 1976 dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau mewakili huruf  A bagi teori ini. Malah generasi Felda pasti cukup mengingati allahyarham kerana bermula dari era beliaulah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di Malaysia.

Teori nama RAHMAN ini diteruskan apabila Tun Hussein Onn diangkat sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia dan mewakili huruf H. Bapa kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishamudin Tun Hussein Onn ini memerintah Malaysia bermula dari 1976-1981. Kejayaannya yang paling besar ialah menyatu padukan penduduk pelbagai kaum sehingga digelar Bapa Pembangunan.

Seterusnya, mewakili harapan seluruh rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dan paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Auranya sudah cukup bergema ke seluruh pelusuk tanahair sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekali pun kalah dalam pilihanraya sejak 60 tahun lalu dan tahun ini Pakatan Harapan mencatat sejarah dalam negara.

Selepas turun dari memerintah Malaysia, teori nama ini berjangkit kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili huruf A bagi nama RAHMAN ini. Hanya memerintah selama enam tahun bermula dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, beliau kemudiannya digantikan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mewakili huruf N.

Ternyata hari ini, dengan kemenangan kerusi di Parlimen sebanyak 89 sahaja, kerajaan Barisan Nasional gagal membentuk kemenangan mudah dan teori nama RAHMAN BERAKHIR pada hari ini  dengan enam Perdana Menteri Malaysia terlantik setakat ini.

Nyata, teori nama RAHMAN ini benar-benar BERHANTU dan menjadi kenyataan kerana era UMNO bagi rakyat Malaysia sudah mulai hilang popularitinya khususnya di kalangan anak muda yang benar-benar bangkit sekaligus menjadikan medium politik Malaysia yang mahukan suara anak muda lebih lantang di Parlimen mula menjadi kenyataan.

Dengan kekalahan Barisan Nasional, nampaknya nama-nama favourite seperti Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk diangkat sebagai Perdana Menteri semakin menjauh. Begitu juga Ketua Pemuda yang tall, dark dan hensem iaitu Khairy Jamaludin juga semakin menjauh bagi tempoh 5 tahun ini. Tidak terkecuali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

*****

Apa-apa pun, sebagai rakyat Malaysia kita perlu rapatkan ukhwah untuk mencapai keamanan dan kemakmuran demi masa depan negara.

Betul tak?

 

Published by
Noor Ain Norman