Kadang kala, dalam bermusafir di luar kita akan tercari-cari arah kiblat untuk solat khususnya ketika berada dalam hutan, kawasan lapang dan sebagainya, tentu kita tertanya-tanya di mana arah kiblat yang tepat sebelum menunaikan kewajipan untuk tunduk kepada Allah SWT.
Dalam amalan Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Memandangkan kecanggihan teknologi, ramai yang akan memilih untuk memuat naik aplikasi arah kiblat yang ada di dalam telefon.
Persoalannya, adakah apps yang kita download ini benar-benar tepat menunjukkan arah kiblat?
Namun untuk hari ini, 16 Julai 2018 tepat jam 5.28 petang nanti, kita boleh menyemak arah kiblat dengan tepat apabila berlaku peristiwa Matahari Istiwa.
Fenomena ini adalah satu kejadian di mana Matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi Matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.
Matahari akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika deklinasi Matahari sama dengan latitud Kaabah. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.
Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.
Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada masa tersebut. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang objek yang tegak lurus seperti tiang bendera, tiang lampu, sisi tingkap, sisi pintu atau sisi rumah.
Baca penjelasan tentang aplikasi arah kiblat yang biasa dijadikan panduan ketika kita bermusafir di luar dan ternyata, ianya TIDAK KONSISTEN.
Sekarang ini banyak apps mencari arah kiblat. Isunya TEPAT KE??!
Meskipun mungkin boleh guna, tapi ada masalah sikit iaitu :
- Aplikasi sebegini tetap bergantung kepada ketepatan Internal Compass di dalam peranti tersebut.
- Internal compass ini juga tetap akan terpengaruh dengan sebarang gangguan luar seperti mana kompas-kompas yang menggunakan medan magnet bumi sebagai panduan. (walaupun sudah di-calibrate setepat yang mungkin)
Menurut laman web Falak Online yang melakukan ujikaji ringkas dengan apps cari arah qiblat ni.. dan mendapati:
- Kiraan tandaan arah kiblat yang dibuat TIDAK KONSISTEN, berubah-ubah.
- Walaupun bubble location Kaabah itu belum masuk ke kawasan bulatan tengah-tengah, aplikasi ini terus calculate dan menyatakan ITULAH arahnya, padahal kedudukan handphone terpesong.
Selain itu, aplikasi ini tidak memberitahu nilai AZIMUTH arah Kiblat. Bagi saya, nilai ini amat penting untuk kita boleh buat cross-check dengan aplikasi lain atau kiraan kita sendiri. Dalam kes Qibla Finder, kita TIDAK ADA CARA nak VERIFY nilai azimuth kiraannya betul atau tidak.
Kesimpulannya.
- kita harus kena terus BERHATI-HATI ketika menggunakan aplikasi carian arah kiblat yang melibatkan internal compas peranti mobil.
- Kita harus tambah ilmu dan belajar KEPELBAGAIAN cara pengiraan arah kibat dari guru-guru Falak, buku-buku trigonometri, supaya boleh tabayyun dan jangan guna satu sumber aje.
Wallahua’lam.
#kiblat #arahkiblat #qiblat #qiblatfinder #kaabah #manakaabah #arahkaabah#mekah #islam #solat #umrah #haji #umrahajj #hd #hijrahdiri #falak#falakonline #ilmu #16julai #28mei #istiwaazam #semakarahkiblat
Sumber : FB MAAL HIJRAH 1440H