Golongan pelajar menjadi di antara yang teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19 pada tahun ini.
Bukan sahaja ramai yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan kelas secara online. Namun, semalam seramai 3,900 pelajar lama dan baharu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam kalangan B40 menerima bantuan pelan data internet percuma yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr. Hafizan Juahir secara pandu lalu di perkarangan Dewan Al Muktafi Billal Shah.
Menerusi pelan tersebut, ia memberi manfaat kepada 7,900 pelajar dalam kalangan golongan kurang berkemampuan daripada kumpulan isi rumah pendapatan bawah 40 (B40).
Inisiatif UniSZA untuk meringankan beban pelajar membiayai kos dan mendapatkan perayauan Internet percuma itu disambut oleh pelajar terutama golongan yang tidak berkemampuan ketika mereka turut menghadapi situasi PKPB yang turut dilaksanakan di Terengganu bermula 9 November 2020.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof Dr. Hafizan Juahir berkata, pemberian pelan pascabayar tersebut bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kini sepenuhnya dijalankan secara online.
Katanya, menerusi fasa pertama yang mula diberikan pada 7 November 2020, seramai 3,900 pelajar berkelayakan menerima kad Modul Pengenalan Pelanggan (SIM) data Internet itu dengan sebahagian mengambilnya secara pandu lalu.
Penyerahan data tersebut secara pandu lalu berlangsung di kampus UniSZA, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Katanya, pelajar terbabit akan menerima kad SIM Celcom E-Learning 30 secara percuma selama empat bulan.
Pelan itu menawarkan kelajuan Internet 3G dan 4G/LTE dengan kuota data bulanan sebanyak 10 GB, panggilan suara tanpa had, akses tanpa had ke laman web dan enam aplikasi Microsoft Teams, Zoom Meeting, Skype, Google Meet, Cisco Webex dan YouTube.
Moga pelajar-pelajar ini dapat manfaatkan bantuan ini dengan sebaik mungkin. Harapnya semua IPTA dapat memberikan bantuan sebegini kepada pelajar kan, barulah tak ada masalah kalau nak buat kelas atas talian.
SUMBER : Facebook Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin