Ketika ini pertandingan ratu cantik yang dikenali dengan nama Miss Planet International telah terpalit kontroversi hangat apabila beberapa peserta telah mendedahkan keadaan mereka yang tidak terurus sebaik sahaja tiba di negara tuan rumah, Uganda.

Pertandingan yang diadakan untuk kali kedua itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat dunia ratu cantik apabila Tamila Sparrow yang mewakili Republik Czech membuat kenyataan mengenai organisasi tersebut yang dikatakan menganiaya para peserta.

Terbang Jauh Ke Uganda Tetapi Peserta Pertandingan Kena Tipu? Rugi Masa & Wang

“Saya minta maaf, tetapi malangnya kami ‘dirompak’. Kami tidak menjalani walaupun sepuluh peratus daripada aktiviti, tiada apa-apa yang dibayar, mahupun penginapan kami mahupun makanan kami. Kami terperangkap di Uganda,” tulisnya di ruangan InstaStory.

Tamila seterusnya mendakwa bahawa mereka yang tidak terlibat dalam pertandingan itu membelanjakan wang untuk memastikan mereka mendapat makanan dan selamat. Ratu cantik Republik Czech itu kemudian menyatakan permohonan maafnya kepada mereka yang telah melabur kepada kami dari segi kewangan dan mental

Tambahnya,“Saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya memohon maaf untuk semua orang yang banyak berusaha untuk kami dari segi kewangan atau dari segi mental. Tetapi ini perlu dilihat oleh orang ramai.”

Ads

Terbang Jauh Ke Uganda Tetapi Peserta Pertandingan Kena Tipu? Rugi Masa & Wang

ARTIKEL BERKAITAN: Berinspirasikan Bunga Sakura, Ini Mahkota Bertatahkan 3333 Mutiara Untuk Juara Miss International Yang Baharu

Bukan Tamila sahaja yang bersuara sebaliknya seorang lagi peserta dari Jamaica, Tonille Watkis turut meluahkan perasaannya mengenai pertandingan tersebut. Dia menulis, “Terima kasih atas semua sokongan sehinggga ke hari ini. Malangnya pertandingan ini telah dibatalkan. Tetapi menjadi satu kebanggaan untuk saya berpeluang mewakili Jamaica.”

Ads

Selain ratu cantik Republik Czech dan Jamaica, ratu cantik Portugal, Sofia Mota turut sudah menarik diri dan menyatakan bahawa petandingan tersebut tidak terurus. Hotel untuk mereka menginap tidak dibayar oleh pihak organisasi Miss Planet bahkan CEO organisasi tersebut tidak mengangkat panggilan telefon. Aktiviti yang dilakukan juga tidak jelas.

Terbang Jauh Ke Uganda Tetapi Peserta Pertandingan Kena Tipu? Rugi Masa & Wang

Terbaharu, wakil Filipina turut menarik diri dari pertandingan. Keputusan tersebut telah diumukan direktor kebangsaan negara tersebut yang mengambil kira isu yang terjadi.

Ads

Menurutnya dalam satu kenyataan menerusi Facebook, “Disebabkan ketidaktentuan oleh penganjur, saya telah memutuskan untuk menarik diri [Herlene Nicole Budol] daripada pertandingan walaupun banyak percubaan untuk memperbaiki beberapa masalah pertandingan.”

Dalam tinjauan REMAJA ke akaun Instagram Miss Planet International, ruangan komen telah ditutup. Hantaran terakhir yang dimuat naik adalah tiga hari lalu dan setakat ini tiada kenyataan rasmi untuk menjelaskan tentang apa yang terjadi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI