Mampukah Latif Romly ‘terbang’ bagi mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Rio 2016? Persoalan itu hanya akan terjawab pada jam 6 petang ini, waktu Malaysia.
Dalam temubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom bersama jurulatih Latif iaitu Shahrul Amri Suhaimi, beliau enggan meletakkan tekanan kepada anak buahnya itu walaupun hakikatnya, tumpuan seluruh rakyat Malaysia terarah kepadanya menjelang hari-hari terakhir Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Tambahan pula dengan insiden yang berlaku ke atas rakan karibnya, Ziyad Zolkefli pada 31 Ogos lalu hingga mengakibatkan pingat emas dan rekod dunia yang dimenangi direntap akibat isu teknikal. Tentunya gabungan dua tekanan ini boleh memberi impak kepada Latif dari segi motivasi untuk melakukan yang terbaik demi Malaysia.
Atlet berusia 24 tahun itu kini berada pada trek yang betul dan dalam kelompok pemenang sasaran pingat emas acara lompat jauh T20, hari ini. Begitupun mengikut Shahrul, mereka mempunyai sasaran sendiri bagi mengelakkan insiden tersungkur dek harapan terlalu tinggi.
Ads
“Semua mengharapkan dia untuk mempertahankan pingat emas, apatah lagi sebagai jurulatih.”
“Saya telah menjalankan tugas untuk mempersiapkannya untuk bertanding (hari ini). Kini, hanya Latif yang boleh memberi lompatan terbaik dan sentiasa bersedia semasa bertanding nanti.
“Saya tidak akan memberikan sebarang tekanan. Bagi sasaran pula, kalau dia boleh dapat melakukan lompatan pada jarak lebih daripada apa yang dia lakukan pada 2016. Itu adalah sasaran yang kita target,” katanya.
Sungguhpun enggan berdepan tekanan, Shahrul dan Latif tetap sematkan semangat ingin menebus kembali kekecewaan yang dialami rakyat Malaysia susulan insiden Ziyad Zolkefli.
Terlebih dahulu pada pagi tadi, atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi telah menamatkan saingan acara 100 meter lelaki T36 pada kedudukan keempat dengan catatan 12.15 saat. Beliau bermula agak baik pada awal saingan sebelum dipintas pelari lain termasuk pemenang pingat emas dari China Peicheng Deng.
Selain Latif, satu lagi peluang pingat emas kem Malaysia adalah menerusi juara badminton dunia, Cheah Liek Hou menerusi acara badminton individu lelaki SU5.
Setakat ini, Malaysia telah mengutip sebutir emas menerusi Bonnie Bunyun Gustin dalam acara powerlifting lelaki 72kg dan dua pingat perak, juga menerusi acara powerlifting (Jong Yee Khie) dan acara boccia (Chew Wei Lun).
Kedua-dua mereka memiliki persamaan, sama-sama bergelar Miss Eco Malaysia, bezanya si adik, Prasana Shri merupakan Miss Eco Malaysia 2022 manakala si kakak pula, Thanu Shri merupakan Miss Eco Malaysia 2023.
Sudah tersurat mereka bakal menggalas tugas back-to-back untuk membanggakan nama negara di persada antabangsa. Prasana awal tahun lalu berjaya menggondol tempat ke lima di pentas Miss Eco International 2021 yang diadakan di Mesir. Thanu Shri pula akan mewakili negara tahun hadapan.
Satu lagi fakta menarik, mereka juga sama-sama bergraduasi tahun ini. Prasana telah bergraduasi pada penghujung November lalu, manakala Thanu Shri baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya dan telah pun menghadiri majlis konvokensyen universiti tersebut dua hari lalu.
“Saya selalunya memakai mahkota, tetapi hari ini topi konvokesyen ini sudah memadai. Ya saya telah bergraduasi, sangat bersyukur untuk segala-galanya,” ujar Thanu Shri dalam salah satu hantaran di laman Instagramnya.
Tampil cantik dan ayu dalam persalinan kebaya songket rona ungu dan disulam indah perincian, gadis anggun ini tampil bangga menggayakan busana tradisi tersebut. Tidak lengkap majlis graduasinya tanpa kehadiran adik tersayang. Prasana juga dilihat turut hadir memberikan meraikan hari bahagia kakaknya.
Tidak kalah bergaya, Prasana turut menggayakan busana tradisi baju kurung riau yang diperbuat dari songket bunga tabur. Usai majlis konvokesyen, kedua-dua beradik ini mencuri masa merakam memori bersama.
Meninjau ke laman Instagram Prasana, dia mendedikasikan satu hantaran buat kakak tersayang. Ujarnya, “Tahniah kepada kakak saya, Thanu Shri atas majlis konvokesyen anda. Saya sangat berbangga dengan pencapaian anda. Saya merupakan adik yang akan sentiasa menceriakan dan ada untuk awak walau apa pun yang terjadi. Anda adalah erti jiwa yang memberikan inspirasi.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendekatan jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk tiba awal di Stadium Nasional My Dinh sewaktu menyertai acaranya di Sukan SEA Vietnam 2022 semalam telah menjadi salah satu faktor pemangkin semangatnya untuk berjaya menaiki podium.
Ketibaan sekitar tiga ke empat jam lebih awal di stadium adalah demi tidak mengulangi tragedi ketibaan lewat yang pernah menghantui Ziyad di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lalu sehingga meragut pingat emas yang terlebih dahulu telahpun dimenangi.
“Saya bimbang juga sekiranya terjadi lagi peristiwa dulu sewaktu di Paralimpik Tokyo 2020. Jadi, saya mengambil pendekatan selamat dan mahu lebih berhati-hati kali ini,” katanya kepada rakan media Malaysia di sana.
Tambahnya lagi, isu pengangkutan dan keadaan trafik di Hanoi yang agak sesak juga dikhuatiri Ziyad kali ini.
“Apa yang terjadi di Tokyo menjadi pengajaran kepada saya, hari ini saya dah buktikan kepada negara,” katanya lagi.
Hasilnya, Ziyad menjadi satu-satunya atlet kem olahraga negara ke Sukan SEA ke-31 yang berjaya menghadiahkan pingat dari acara trek dan padang.
Dengan lontaran sejauh 17.20 m (hanya kurang 0.09m berbanding rekod 17.29m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London); Ziyad mengesahkan pingat gangsa menjadi miliknya di belakang pemenang pingat emas dari Filipina; William Morrison III (18.14m) dan pemenang pingat perak, Jakkapat Noisri (17.32m) dari Thailand.
Seorang lagi wakil Malaysia, Farm Loong Deng menamatkan saingan di tempat keenam dengan lontaran sejauh 16.62m.
Ini bukanlah kali pertama Ziyad menyertai Sukan SEA dalam kategori ‘atlet normal’. Beliau mula menyertai temasya Sukan SEA pada 2017 di Kuala Lumpur dan berjaya meraih pingat gangsa. Warna pingatnya berubah kepada perak di Filipina 2019 sebelum kembali memenangi gangsa di Vietnam, kali ini.
“Saya dah cuba yang terbaik untuk negara. Cuma boleh sumbang gangsa namun saya sangat berbangga kerana dapat bersaing dengan atlet normal,” ulasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kumpulan hip-hop Zeppo Youngsterz yang pernah tular kerana video klip mereka meminta sumbangan dana untuk ke pertandingan tarian Body Rock akhirnya berjaya membuktikan bahawa setiap sen yang dihulurkan jelas bermanfaat apabila diumumkan berjaya menduduki tempat pertama pertandingan tersebut.
Dalam rayuan video berdurasi 48 saat di Instagram tersebut, kumpulan hip-hop Zeppo Youngsterz berkata mereka adalah satu-satunya rakyat Malaysia pada peraduan itu, dan akan bersaing dengan krew tarian profesional lain dari Filipina, Jerman, Kanada dan Mexico.
Hasil daripada video klip tersebut, mereka berjaya meraih dana yang mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan yang terdiri dari kos tiket penerbangan, penempatan dan sebagainya. Antara penyumbang terbesar ialah dari Syarikat Tune Protect dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri.
Bahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli sendiri turut serta hadir memberi semangat kepada pasukan penari tersebut sebelum mereka berlepas di KLIA1.
Turut komen meraikan kejayaan mereka ialah wakil rakyat Muar, YB Syed Saddiq yang sebelum ini turut menderma dan mempromosikan pengumpulan dana kumpulan tersebut di media sosialnya.
“Hebat! Tahniah dan terima kasih kerana mengibarkan bendera Malaysia setinggi-tingginya,” komennya.
Sekadar info, Zeppo Youngsterz telah ditubuhkan pada 2011 dan dianggotai oleh belia tempatan yang berumur antara 13 hingga 32 tahun. Mereka menggabungkan unsur hip-hop dan seni mempertahankan diri ke dalam rutin mereka.
Pada tahun 2020, mereka telah mewakili Malaysia dalam pertandingan Body Rock Asia di Filipina, di mana mereka menduduki tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...