PT3 Dibatalkan, UPSR Dimansuh Terus Mulai 2021

Share

Tidak dinafikan, salah satu pencapaian dalam dunia mana-mana pelajar sekolah ialah melalui peperiksaan atau ujian yang dilakukan oleh pihak sekolah. Namun, banyak perubahan ketara yang berlaku kepada sektor pendidikan akibat dari virus pandemik COVID-19

Tahun ini juga telah menyaksikan beberapa kali peperiksaan besar di Malaysia ditunda disebabkan pandemik wabak Covid-19, dan Kementerian Pendidikan (KPM) terkini telah membuat keputusan yang mengejutkan semua pihak.

Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Mohd Jidin dalam Sidang Media Khas yang berlangsung di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

Sebenarnya, ada pro

dan con juga hal ni. Warganet juga memberikan pandangan yang berbagai, ada yang setuju dengan keputusan KPM ini dan ada juga yang membantah.

Hmm….Pada pendapat korang macam mana?

 

Published by
Nana