Bekas atlet kebangsaan bola tampar Indonesia, Aprilio Perkasa Manganang dikhabarkan telahpun menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Claudia Cvanrhyn pada 10 Disember lalu.
Biarpun Aprilio, 30 tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya, dia telahpun memuat naik beberapa hantaran di Instagram yang menampakkanya dalam persalinan sut satin berbunga biru dengan isterinya yang cantik mengenakan gaun serba putih.
Dia turut menyelitkan kapsyen berbunyi, “Terberkatilah today (Berkatilah hari ini) dan, “Bebas” siap dengan emoji tertawa.
Pada majlis yang berlangsung di Sutanraja Hotel Manado dekat Sulawesi Utara itu, Aprilio dan isteri juga menunjukkan cincin pernikahan mereka sambil tersenyum gembira.
View this post on Instagram
Rata-rata warganet Indonesia mengucapkan tahniah, gembira dengan berita ini dan mendoakan pasangan tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Apa yang menjadikan perkahwinan ini topik utama dalam kalangan portal berita di Indonesia adalah kerana Aprilio tidak menunggu lama untuk berkahwin setelah menukar jantina dari wanita kepada lelaki secara rasminya pada Mac, tahun lalu.
Sebelum proses menukar jantina itu, Aprilio telah menjalani kehidupan normal sebagai seorang atlet kebangsaan wanita yang disegani dan dikenali dengan nama Aprilia Santini Manganang.
Keputusan untuk menukar jantina sudah lama difikirkannya memandangkan dia mengalami kondisi kesihatan yang dinamakan sebagai Hipospadia. Ia merupakan kecacatan bahagian kelamin seorang bayi lelaki sewaktu dilahirkan di mana lubang kencing (meatus) tidak berada di hujung zakar.
ARTIKEL BERKAITAN: Disahkan Sebagai Lelaki Oleh Mahkamah. Kini Namanya Aprilio Perkasa Manganang – REMAJA
Sumber: CNN Indonesia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.