Kicap merupakan bahan perasa yang digunakan ke dalam hampir semua masakan Asia dan bagi masyarakat negara kita pula, kicap dimakan terus bersama nasi. Antara padanan lauk yang popular disajikan bersama kicap adalah telur goreng. Walaupun nampak ringkas, tetapi ia mampu membuka selera.
Namun, satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang ustaz yang dikenali sebagai Abdul Rahman Mohamed
mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pembelian kicap jenama Habhal kerana jelasnya terdapat nama Abdul Lathief yang tertera dilabel botol kicap dengan tulisan jawi.Jelasnya, nama عبد الطيف terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al Lathief, اللطيف adalah nama Allah swt yg digabungkan dengan lafaz Hamba. Nama Al Lathief jika di tulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertaluk pada hukum memuliakan kalimah-kalimah yang baik, namun apabila ditulis dalam teks Arab, ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan di tempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah.
Meskipun perkara ini masih ada hujahnya, namun korang dinasihatkan apabila mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT.
Diharap selepas ini jika korang membeli kicap jenama Habhal, pastikan korang peka sebelum membuang botol kicap tersebut. Sebarkan informasi ini kepada keluarga dan rakan terdekat supaya mereka juga turut peka dengan perkara ini.
Sumber: (1)