
Jika sebelum ini kita sudah terbiasa menonton wayang bersama kawan-kawan sama ada lelaki atau pun perempuan, korang jangan pula terkejut sekiranya menonton di Terengganu kerana negeri itu telah pun melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki, wanita dan keluarga bermula kelmarin.
Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square sudah pun melaksanakan peraturan baru ini mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.
Pelaksanaan peraturan baru ini akan dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh Syariah.
Khabarnya, peraturan ini juga tertakluk kepada individu bukan Islam dan pihak mereka juga bersedia melaksanakan sebarang penambahbaikan bagi membolehkan ia dipatuhi oleh semua pelanggan.
Mungkin ini adalah inisiatif yang terbaik bagi kerajaan Terengganu dan sama-samalah kita menghormati peraturan dan keputusan yang telah dibuat.
Sumber: LFS Cinemas
Pelajar Matrik Dikompaun Langgar SOP Dalam Cafe, Netizen Luah Tak Puas Hati

Umum mengetahui, bagi mereka yang tidak mematuhi operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mahupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000.
Namun, sebentar tadi tular di laman sosial Twitter apabila ada beberapa akaun yang mendakwa terdapat pelajar matrikulasi dikenakan kompaun kerana melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.
Bukan itu sahaja, difahamkan pelajar-pelajar ini juga dikenakan kompaun sebanyak RM1.5k.
Malah , menurut ciapan yang dibuat oleh pemilik akaun bernama @ireen_0000 pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada awalnya telah datang ke kolej matrikulasi tersebut untuk memeriksa kafe kolej memandangkan ada kes keracunan makanan sebelum ini.
Sebenarnya @KKMPutrajaya datang nak tengok kafe yg kena tutup sbb ada kes student keracunan makanan.. semalam lgi diorang dtg then hrini ada lagi.. tak tau pulak hrini dtg nak saman student sbb tak pakai mask.. yes nak ckp salah student but kami dkt metrik dh kena kuarantin-
— ReenyMarinyy💜 (@ireen_0000) April 19, 2021
Namun, pelajar-pelajar ini tidak menyangka pihak KKM turut sama mengambil tindakan yang begitu tegas kepada para pelajar yang tak memakai pelitup mulut itu.
👇🏻👇🏻 pic.twitter.com/WQy93badg0
— 👄🧷 (@InjangNation) April 19, 2021
Dalam pada itu, pemilik akuan twitter Injang Nation ini turut ] memberitahu bahawa tindakan pelajar tersebut sememangnya salah, namun mereka semua sudah dikuarantin dari bertemu orang luar dan langsung tidak kemana-mana sejak 5 bulan yang lalu.
Netizen Tak Puas Hati
Hal tersebut mendapat perhatian umum dan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati akan kompaun yang dikenakan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Malah, para netizen juga berasa peraturan tersebut tidak adil kepada pelajar tersebut yang rata-ratanya akan berdepan peperiksaan serta ‘turut dikuarantin’.
Beria kan nak saman budak☺️
Biasalah kami marhaen je😊 pic.twitter.com/tImWmTmsZJ— ReenyMarinyy💜 (@ireen_0000) April 19, 2021
Setakat ini, dakwaan tersebut belum lagi mendapat penjelasan daripada mana-mana pihak.
Hm, makin banyak pula kes kita dengar tentang individu yang disaman disebabkan tidak mengikut SOP. Jadi guys, selepas ini walaupun nak masuk kedai sebentar sahaja, pakai facemask, scan terus MySejahtera sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.
Orang kata, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Sumber: InjangNation, NabilAmirul4, ireen_0000
Jacinda Ardern Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri New Zealand

Satu keputusan yang mengejutkan telah dibuat oleh Jacinda Ardern selepas dia membuat pengumuman peletakan jawatan itu semasa pertemuan tahunan partinya pada Khamis. Wanita berusia 42 tahun itu mengatakan beliau tidak akan bertanding semula dan akan meninggalkan peranannya sebagai perdana menteri selewat-lewatnya pada 7 Februari.
“Saya tahu apa yang diperlukan oleh kerja ini. Dan saya tahu bahawa saya tidak lagi mempunyai cukup keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab saya secara adil. Ia semudah itu,” ucap ibu kepada seorang cahaya mata saat pengumuman tersebut.
Beliau telah menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas memikirkannya semasa cuti musim panas yang lalu sama ada dia mempunyai tenaga yang cukup untuk terus memimpin negara sehingga pilihan raya umum akan datang yang dijadualkan jatuh pada 14 Oktober.
“Saya berharap bahawa saya akan menemui apa yang saya perlukan untuk meneruskan dalam tempoh itu tetapi malangnya tidak. Dan semestinya saya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik kepada New Zealand jika tetap meneruskan juga peranan,” tambahnya lagi.
BACA JUGA: Kasut Louis Vuitton Perdana Menteri Adalah Pemberian Sultan Johor, Bukan Dibeli Sendiri
Jacinda turut menjelaskan selepas peletakan jawatannya, beliau berharap dapat meluangkan lebih banyak masa bersama pasangannya, Clarke Gayford dan anak perempuan mereka, Neve yang kini berusia lima tahun.
Beliau juga menegaskan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula dan tidak akan memegang sebarang jawatan sebagai pemimpin masa hadapan Parti Buruh. Ekoran peletakan jawatan Jacinda, parti tersebut mempunyai masa seminggu untuk mencari pemimpin parti baharu dengan lebih daripada dua pertiga sokongan.
Sebelum ini, wanita berketrampilan hebat ini menjadi Perdana Menteri New Zeland pada usia 37 tahun sekaligus menjadikan beliau sebagai ketua kerajaan wanita termuda di dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelajar Kongsi Detik Cemas Bersembunyi Daripada Pembunuh Yang Ragut Nyawa 17 Orang Rakan-Rakannya

Kejadian mass shooting yang berlaku di Amerika Syarikat kini sudah menjadi tragedi yang sering dihadapi oleh rakyat mereka. Saban tahun pasti sekurang-kurangnya lima kes kejadian kes tembakan dan pembunuhan terhadap mangsa terutamanya di sekolah berlaku.
Kematian tragis yang menimpa pelajar sekolah ini merupakan satu perkara yang tidak dapat diterima akal. Janayah tembakan rambang dan pembunuhan beramai-ramai ini merupakah antara sa;ah satu isu paling besar diperkatakan oleh warga Amerika Syarikat sejak bertahun-tahun lamanya.
Kita bernasib baik kerana negara kita mengambil langkah cukup tegas terhadap penggunaan senjata api di kalangan orang awam. Berbeza dengan Amerika Syarikat yang kadangkala cukup ego dan berasa bangga dengan hak mereka untuk memiliki senjata api di atas alasan mempertahankan diri.
Remaja tidak ingin mengulas lanjut perihal tersebut yang melangkaui permainan politik serta isu kompleks senjata api yang berlaku di negara tersebut.
Semalam, ketika kita sedang nyenyak di buai mimpi, satu lagi kejadian mass shooting berlaku sebuah sekolah di Parkland, Florida. Kejadian mengerikan tersebut berlaku di Marjory Stoneman Douglas High School. Menurut pihak berkuasa, sehingga kini 17 orang disahkan menjadi mangsa korban akibat ditembak.
Suspek yang berusia 19 tahun juga merupakan bekas pelajar sekolah terbabit dikatakan telah menyerbu masuk dan menembak secara rambang terhadap mangsa yang berada di dalam kawasan sekolah. Dia yang dikenali dengan nama Nikolas Cruz dikatakan telah dibuang sekolah tersebut kerana bermasalah pada baru-baru ini.
Semasa kejadian tersebut berlaku, seorang pelajar yang menggunakan nama Aidan di akauan Twitter miliknya, @TheCaptainAidan berkongsi momen-momen ngeri ketika dia terperangkap di dalam kelas sewaktu kejadian tersebut berlaku.
Dalam tuit pertamnya, Aidan dengan cemas menyatakan dia terperangkap dalam kejadian tembakan di sekolahnya.
Dia juga turut berkongsi beberapa foto ketika dia dan rakan-rakan kelasnya menyorok di bawah meja sambil ketakutan.
Perkongsian Aidan pantas dikongsi oleh ribuan pengguna di Twitter dan ramai yang bertanyakan sama ada dia selamat atau tidak.
Selepas suspek ditangkap, Aidan berjaya dibawa keluar dengan selamat.
Tidak dapat kita bayangkan perasaan pelajar-pelajar yang terlibat, ibu bapa mangsa yang terkorban dan seluruh komuniti Parkland dengan tragedi cukup kejam ini. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kita agar sentiasa peka dengan keselamatan pelajar di sekolah.
Alhamdulillah… Malaysia masih aman.