Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera secara fizikal oleh ibunya dan pasangannya di sebuah taman perumahan Pasir Gudang telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian.
Mangsa kini dalam pemerhatian di Hospital Sultanah Aminah, manakala ibunya berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dakwaan penderaan itu terbongkar selepas rakaman beberapa lelaki dipercayai jiran pasangan itu dilihat bersemuka dengan mereka dan menunjukkan kecederaan yang dialami budak lelaki itu tular di media sosial.
Ketua Polis Johor Pesuruhjaya Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihak polis telah membuat serbuan ke rumah itu kira-kira tengah malam semalam dan berjaya menahan ibu kanak-kanak itu yang kemudiannya direman enam hari, manakala pasangannya menerima perintah reman tujuh hari.
Ads
Turut dirampas daripada dua wanita berusia 27 dan 30 tahun itu ialah dua rotan. Menurut laporan juga, kedua-dua wanita diuji negatif untuk penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Sementara itu, permaisuri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman memuat naik laman Facebook rasminya, mengulas mengenai dakwaan penderaan itu.
Ads
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail atas tindakan segera mengeluarkan budak lelaki itu dari rumah untuk rawatan.
Dia juga memuji penduduk taman perumahan yang mengambil langkah mereka untuk bersemuka dengan pasangan itu, apabila mereka mengesyaki kanak-kanak tersebut dalam situasi yang memerlukan pertolongan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: News Strait Times, Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak menularnya pandemik Covid-19 pada penghujung Disember tahun lalu dan Malaysia menutup pintu masuk dan keluar negara. Rata-rata dari kita mengambil keputusan untuk bercuti dalam negara.
Dan salah satu destinasi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Tanah Tinggi Cameron Highland yang sejuk dan mendamaikan.
Namun, jangan rosakkan percutian korang dengan insiden nyawa. Semalam 7 orang maut dalam kemalangan turun daripada Cameron Highlands apabila kenderaan Perodua Alza bertembung dengan sebuah treler petang semalam.
Menurut laporaan Astro Awani, Perodua Alza itu dipercayai dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands untuk pulang ke Kedah.
“Bagaimanapun kenderaan yang dinaiki mereka telah terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah treler yang dalam perjalanan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
*
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, semua mereka berasal dari Kampung Badlishah Mukim Terap Serdang, Kedah.
“Kita percaya treler itu cuba elak ke kiri tetapi tetap berlanggar dengan kenderaan mangsa,”
“Dalam kejadian itu, mangsa yang maut adalah dua lelaki dewasa, wanita dewasa (dua), wanita warga emas (seorang) kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing seorang.
“Tiga lagi mangsa yang parah iaitu dua kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
So, hari ini Remaja nak share sedikit tips keselamatan sewaktu berada berhampiran dengan kenderaan berat seperti treler kontena yang besar itu.
1. Blind Spot
Bahagian paling bahaya ialah bahagian sisi kiri dan kanan kepala treler di belakang kedudukan pemandu. Ia merupakan zon paling bahaya dan boleh dikatakan langsung tidak dapat dilihat oleh pemandu treler.
Elakkan berada pada posisi ini kerana jika pemandu treler kehilangan kawalan ke atas kenderaan tersebut ataupun terpaksa menukar lorong dengan tergesa-gesa, korang akan dihimpit oleh kenderaan berat tersebut tanpa disedari pemandu. Kalau dah kena himpit tak kira kereta model apa yang korang pandu memang bawa-bawalah mengucap.
2. Memotong Treler
Jika korang terpaksa memotong, pastikan memotong dengan secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh ataupun berada pada kedudukan selari untuk jangka masa yang lama. Lagi lama korang ada di posisi tersebut, lagi terdedahlah kepada risiko kemalangan.
3. Letupan Tayar Treler
Satu lagi ialah bahaya letupan tayar kenderaan berat. Tayar kenderaan berat bukan hanya bersaiz besar tetapi ia juga mempunyai tekanan yang tinggi berikutan berat bebanan yang dibawa serta suhu operasi yang tinggi.
Letupan tayar juga akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika korang mengesan kenderaan berat dengan masalah pada bahagian tayar beri ruang untuk mereka dan jarakkan kenderaan korang pada kedudukan yang selamat.
4. Serpihan Tayar Treler
Bukan itu sahaja, serpihan tayar yang tertanggal juga adalah cukup merbahaya. Biasanya serpihan ini berpunca dari penggunaan tayar celup yang sudah lama. Ia merupakan satu alternatif untuk menjimatkan kos pembelian tayar baharu tetapi sama seperti tayar baharu ia mempunyai had kegunaannya tersendiri. Sampai masanya ia perlu diganti baharu.
5. Perhatikan Kesan Gelincir Tayar
Jika korang kurang yakin dengan bahaya yang dibawa oleh kenderaan-kenderaan berat, cuba perhatikan kesan gelinciran tayar di atas jalan raya.
Kalau di Lebuhraya Karak, kesan tayar ini bukan hanya ada di permukaan jalan tetapi juga terdapat pada bahagian benteng pembahagi jalan. Maknanya pernah ada kenderaan berat lain yang telah memanjat dinding penahan mengalahkan Spiderman. Tanda-tanda ini juga berfungsi sebagai amaran yang ada nahas pernah berlaku di situ dan sewajarnya diambil perhatian oleh pemandu lain.
Apapun takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan ini dan Al-fatihah ( dengan bacaan ) untuk semua yang terkorban.
So hati-hati guys, moga korang boleh memandu dengan lebih cermat di masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaga solat, jaga hubungan dengan mak dan ayah serta guru selain adab sesama kawan, itu antara resepi Muhammad Ameer Che Noor Azam. Keputusan peperiksaan itu kemudian dimaklumkan kepada bapanya Che Noor Azam Osman, 63, dan ibunya Kamsiah Mohd Kontol, 51, di hotel penginapan mereka di Abraj Al-Janadriyah di sini yang bersama-sama menunaikan haji.
“Masa pertama kali tengok keputusan memang rasa gembira sebab sebelum ini saya tidak pernah mendapat semua A dalam mata pelajaran yang saya ambil.
“Saya rasa ia satu kejayaan besar dan alhamdulillah, Allah SWT terima doa saya setiap kali solat dan semasa di Raudah baru-baru ini,” katanya kepada petugas media di hotel penginapannya di sini dengan ditemani ayah, ibu dan adiknya.
Bagi dirinya, selain menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan ibu bapa, guru dan rakan juga tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan reda serta doa mereka.
Haji Muda Raih Keputusan 9A Dalam SPM, Jaga ‘Hubungan’ Antara Tip Berjaya
“Sebabnya kita tidak tahu, mungkin kita sakitkan hati mereka, lalu Allah SWT tarik nikmat daripada kita dan kita tidak mahu perkara itu berlaku, kerana itu kita perlu jaga hubungan kita lebih-lebih lagi dengan Allah,” katanya.
Selain itu anak sulung daripada tiga beradik berkenaan turut mengamalkan solat tahajud serta jadual pembelajaran yang lebih fleksibel untuk mengelakkan tekanan serta keletihan semasa belajar dan selebihnya berdoa serta bertawakal selepas berusaha.
Muhammad Ameer yang bercita-cita menjadi seorang doktor berkata di sebalik cerita kejayaan itu, dia juga pernah nakal dan ponteng sekolah semasa Tingkatan Empat, iaitu semasa pasca COVID-19 sehingga ada antara mata pelajarannya merosot menyebabkan dia tersentak dan berazam untuk berubah.
“Apabila saya tengok balik, saya rasa saya perlu ubah perkara itu dan saya pergi dekat kawan saya yang merupakan seorang pelajar pintar. Dia tidak jemu nak mengajar saya dan motivasi saya ketika itu adalah hendak mencapai sama tahap dengannya.
“Sampai satu tahap, saya cuma satu langkah saja belakang dia. Kalau dulu mungkin macam langit dengan bumi, tetapi sekarang jarak sebelah menyebelah sahaja. Itu menyebabkan saya berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya mencapai keputusan cemerlang ini,” katanya yang turut bersyukur kerana dapat menunaikan haji dalam usia muda bersama keluarganya.
Muhammad Ameer yang juga bekas ketua pengawas sekolah berkenaan mendapat lima A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Fizik; tiga A (Biologi, Kimia, Matematik Tambahan) dan A- dalam pelajaran Bahasa Melayu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah pun menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM).
Canselor USM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan ijazah itu di Istana Arau.
Menurut Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata ijazah kehormat dianugerahkan kepada Lee Chong Wei di atas jasa baktinya dalam mengharumkan nama negara sebagai pemenang pingat perak sebanyak tiga kali di Sukan Olimpik, selain merupakan Tokoh Sukan Negara.
Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menganugerahkan Pingat Emas Canselor (Pelajar Terbaik Segala Lapangan) kepada Khaw Teng Kang, graduan daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang mencapai Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.97.
Datuk Lee Chong Wei ketika ditemubual menzahirkan rasa besar hati atas pengiktirafan ini dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan USM dalam memajukan bidang Sains Sukan.
“Pertama kali saya mendapat anugerah seperti ini dan saya akan melihat bagaimana saya boleh gunakan pengalaman saya dalam bidang sukan ini untuk membantu pihak universiti pada masa akan datang,” ujar Chong Wei.
Tahniah buat lagenda badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...