Tergamak! Remaja Lelaki ‘Kantoi’ Londehkan Seluar & Bernafsu Pelik Terhadap Seekor Kucing

Share

Jika kita kebiasaannya suka membelai kucing peliharaan, lain pula kisahnya dengan seorang remaja lelaki di Bukit Panjang, Singapura ini apabila dirinya terkantoi memperlakukan seekor kucing dengan tindakan berbaur seksual.

Menurut laporan portal Mothership semalam, perbuatan remaja  yang menyerupai seks di luar tabii itu telahpun dirakam oleh litar kamera tertutup yang ada di luar bangunan sebuah flat jenis HBD di sana.

Beberapa imej seterusnya bersifat sensitif dan memaparkan aksi penderaan terhadap binatang.

Dia dilihat melondehkan seluar, memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak tidak senonoh terhadap kucing berkenaan dari bahagian belakang.

Kucing berkenaan jelas cuba meloloskan diri daripada rangkulan remaja terbabit namun dia terus mengangkat haiwan tidak bersalah itu sebelum meneruskan perbuatan terkutuk.

Klip yang dirakam pada 8 April sekitar jam 1.51 tengah malam ini kini telahpun tular terutamanya dalam kalangan warganet di Singapura yang mengutuk perbuatan remaja tersebut.

Pada 10 April lalu, pemilik kucing berwarna kelabu kehitaman yang dikenali sebagai Ismul menerusi hantaran di Instagram berkata beliau telahpun melaporkan kes ini kepada pihak polis Singapura. Malangnya, polis berkata tidak banyak tindakan susulan yang boleh mereka lakukan.

Justeru, Ismul sedang cuba mendapatkan pembelaan terhadap nasib kucing peliharaannya menerusi badan berkuasa lain yang relevan dalam kes-kes penderaan haiwan.

Lapornya kepada Mothership, kucing tersebut masih hidup namun menunjukkan tanda-tanda trauma susulan insiden terbabit terutamanya sekiranya ia diangkat dan dipikul.

Dalam pada itu, Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) Singapura meluahkan rasa bimbangnya berhubung insiden ini. Ia menyeru agar pihak berkuasa menyiasat isu ini dengan segera memandangkan bukti paparan litar kamera tertutup sudahpun tular dan berada dalam tangan.

“Negara Singapura ialah sebuah kawasan yang dikongsi bersama oleh manusia dan komuniti haiwan. Mereka juga layak untuk dilayan dengan penuh bermaruah dan mendapat jaminan untuk hidup secara selamat dalam komuniti ini,” catatnya.

CWS juga berharap agar lebih banyak subjek pendidikan yang berfokuskan kepada penjagaan haiwan peliharaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh pemilik haiwan peliharaan serta komuniti secara amnya dalam kurikulum sekolah.

Ish ish, tak ada masalah dicari masalah. Geramnya!

SUMBER: (1) (2)

ARTIKEL BERKAITAN: Parlimen Singapura ‘Halalkan’ Hubungan Intim Sejenis, Namun Tetap Larang Perkahwinan Sesama Jantina – REMAJA

BACA LAGI: Kucing Kesayangan Hilang, Kilafairy Tawar RM 2,000 Sebagai Ganjaran – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ