
Disclaimer: Jangan kecam.
Tak salah kalau sesekali kita hiburkan diri dengan menonton drama atau filem.
Mungkin kerana imej PU Azman yang lebih sederhana orangnya dalam dunia hiburan, tak ramai yang menyangka bahawa PU ini juga mengambil tahu perkembangan drama terbaru dari Korea Selatan!
Bukan sekali, tetapi sudah dua kali PU dilihat memberikan komen kepada pelakon drama Touch Your Heart iaitu Lee Dong Wook.
Kali pertama adalah semasa PU berada di Dungun hujung minggu lepas, lalu melakonkan semula babak di pantai Jumunjin dalam drama Goblin, di pantai Dungun Terengganu. Mirip pelakon sebenar dah PU!
Hari ini, PU sekali lagi menghiburkan hati kami dengan meninggalkan komen di posting terbaru Lee Dong Wook yang sedang ‘bergelut’ meletakkan telefon pintarnya di atas meja.
Aduhh, PU lebih laju update dengan posting tersebut sehinggakan ada followers beliau yang berkata, “Ustaz, lajunya komen. Kalah kami!”
Hehe, mungkin juga PU meminati drama Korea. Comel boh!
BACA: 6 Momen Touch Your Heart Buat Kamu Rasa Nak Bercinta
Lisa Surihani Share Video Tutorial Tudung, Pakai Bawal Pun Tetap Cantik

Kemunculan Lisa Surihani selepas berhijab mendapat pujian ramai kerana wajahnya yang sweet dan nampak seperti awet muda. Kalau siapa tidak mengenali dirinya, mungkin tidak menyangka bahawa Lisa merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata. Hehe!
Penampilan terbaru Lisa sangat menyejukkan mata kerana walaupun bergaya ringkas, namun tetap memikat mata yang memandang.
Mana kan tidak, dengan hanya menggayakan tudung bawal simple saja pun dah cukup membuatkan penampilannya disenangi ramai.
Kerana ramai yang bertanyakan macam mana nak pakai tudung bawal seperti Lisa, selebriti wanita ini sudah pun berkongsi tutorial yang korang boleh ikut menerusi laman Instagram Rico Rinaldi.
Tutorial Bawal Lisa Surihani
1. Bawal square dilipat segi tiga dan pakai seperti biasa
2. Pin kan pada bahagian bawah dagu
3. Oleh sebab material yang digunakan adalah satin, jadi ambil peniti dan pin kan di bahagian tengah atas kepala
4. Kemudian, selempangkan kedua-dua bahagian depan tudung ke belakang
5. Ikat dengan kemas di bahagian belakang leher
6. Kemaskan di bahagian depan dan siap!
Kalau nak lihat dengan lebih details, korang boleh tonton di IGTV Rico Rinaldi.
Penutup Tahun 2021, 8 Lagi K-Drama Bakal Ditayangkan Disember Ini

Isi Kandungan
ToggleTahun 2021 bakal melabuhkan tirainya, tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk kita berganjak ke tahun 2022. Seperti biasa, bila masuk bulan baharu pastinya ramai peminat drama Korea menantikan senarai k-drama yang bakal ditayangkan.
Jom kita lihat antara drama-drama Korea yang bakal menghiburkan korang di akhir tahun ini.
1. Our Beloved Summer
Berkisarkan tentang perasaan dua orang bekas kekasih yang saling membenci, namun filem dokumentari yang mereka pernah rakam ketika di sekolah menengah dahulu tiba-tiba menjadi viral. Dan kerana itu mereka secara tidak sengaja muncul di hadapan kamera sekali lagi.
2. Artificial City
Drama ini menceritakan tentang kerakusan dan impian wanita yang berusaha untuk mencapai kedudukan tertinggi negara. Mereka sanggup mengorbankan orang lain demi menguasai segalanya dek kerana perasaan tamak dan gila kuasa.
3. Bad and Crazy
Dilakonkan oleh dua hero hebat Korea Selatan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon, drama ini mengisahkan tentang Ryu Soo Yeol (Lee Dong Wook) yang memegang watak sebagai lelaki jahat tetapi berkebolehan, manakala Wi Ha Joon sebagai lelaki gila, K yang sangat mementingkan keadilan.
4. Bulgasal: Immortal Souls
Dan Hwal merupakan seorang bulgasal, iaitu makhluk mitos yang tidak boleh mati atau tua, pernah menjadi manusia pada abad yang lalu. Min Sang Woon, pula seorang wanita yang banyak kali sudah dijelmakan semula selepas melarikan diri dari bulgasal tetapi masih mengingati kehidupan lampaunya.
5. Snowdrop
Kisah cinta antara Su Ho, seorang pelajar di universiti berprestij bergegas ke sebuah universiti seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah. Young Ro lakonan Jisoo Blackpink, pelajar universiti wanita tersebut yang menemuinya dan membantu memyembunyikan serta menjaganya walaupun berdepan dengan bahaya di bawah pengawasan rapi.
6. When Flowers Bloom, I Think of the Moon
Menceritakan tentang kisah cinta Kang Ro Seo, seorang bangsawan yang mula membuat alkohol secara haram untuk menyara keluarganya, dan inspektor Nam Young pula terkenal kerana menjalani kehidupan yang sangat berprinsip.
7. The Silent Sea
Drama ini berlatarkan era pasca apokaliptik iaitu bumi pada tahun 2075 yang telah terbiar dan sumber semula jadinya menjadi kering. Sebuah pasukan khas ditugaskan dengan misi rahsia di stesen penyelidikan terbiar di bulan dikenali sebagai ‘The Silent Sea’.
8. Tracer
Drama ini mengisahkan tentang isu yang sering berlaku di pejabat perkhidmatan cukai. Beberapa isu akan dikupas melalui siri ini, termasuklah kes rasuah, pengubahan wang haram dan lain-lain.
Drama mana yang paling tak sabar korang nak tunggu? Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Norreen Iman Luah Rasa Kecewa, Dedah Anak Perempuan Sekali Lagi Jadi Mangsa Buli

Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman memaklumkan anak perempuannya, Ellen sekali lagi menjadi mangsa buli di sekolah, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kakinya.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelakon drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa itu mendedahkan kejadian tersebut membuatkan anaknya menjadi trauma sehingga hilang selera makan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Santai Apabila Kena ‘Body Shaming’, Norreen Iman Syukur Berjaya Didik Anak Dengan Baik
“Ya Allah, minta lindunglah anak aku ini. Berkali-kali dah kena. Kena sepak, kena tolak, ini kaki dah luka. Sampai dia cakap dah tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah dia.
“Bukan tak pernah datang sekolah. Aku datang. Cuma aku ikut peraturan. Biar cikgu disiplin selesaikan. Pergi umrah, anak aku kena lagi. Sampai menangis dia. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada.
“Okey tak apalah sabar. Ini kaki luka, balik badan terus dedor. Siapa yang tak naik angin? Dahlah anak aku ini sejenis happy go lucky sangat-sangat. Kalau aku tak cakap dan beritahu itu merupakan pembulian, dia takkan faham,” dedahnya.
Seterusnya, ibu kepada dua cahaya mata itu menitipkan harapan agar ibu bapa di luar sana dapat memainkan peranan dengan bertanyakan perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
“Aku harap korang periksa la anak korang kat sekolah. Apa anak korang buat. Minta update dari cikgu. Harap cikgu pun bagi kerjasama. Kalau anak murid ada complain, ini bukan perkara, ‘ala biasalah budak-budak’.
“Harap kita sebagai ibu bapa ada dapat update juga apa yang berlaku di sekolah. Bukan hanya harapkan anak yang beritahu sahaja. Bapa pun dah naik angin juga, macam mana aku nak tenangkan my husband knowing that her daughter kena macam ini sekali?” katanya lagi.
Terdahulu tular di media sosial, menerusi perkongsian Norreen di TikTok menceritakan pengalaman anaknya pernah dipanggil gemuk oleh kawan-kawan di sekolah.
Menerusi video tersebut memaparkan Norreen memuji anaknya tetap kelihatan cantik dalam apa jua keadaannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Norreen Iman