Bukan mudah ya untuk mana-mana artis kelahiran Asia menempah tempat di persada muzik antarabangsa terutamanya di bumi Amerika Syarikat (AS)
Umum mengetahui AS merupakan lubuk kepada dunia hiburan antarabangsa. Hampir kesemua acara anugerah yang dilangsungkan di sana akan menjadi topik perbualan seluruh dunia dek kerana prestij yang dipegang oleh setiap acara tersebut untuk berabad lamanya.
Lantas apabila kumpulan sensasi dari Korea Selatan, BTS berjaya menerima pencalonan bagi Anugerah Grammy yang bakal berlangsung awal tahun hadapan, ramai peminat mereka terutamanya dari Asia yang tumpang berbangga dengan kejayaan tersebut. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut BTS dicalonkan menerusi kategori Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik.
Jika pada tahun 2021, lagu Dynamitetelah menjadi lagu yang memberikan magis kepada BTS untuk julung kalinya tercalon di Anugerah Grammy. Pada tahun 2022 pula, mereka dicalonkan menerusi lagu hit, Butterseperti yang diumumkan secara langsung di saluran YouTube Recording Academy / GRAMMYS.
Turut dicalonkan sebagai pesaing BTS ialah Tony Bennett & Lady Gaga (I Get A Kick Out Of You), Justin Bieber & Benny Blanco (Lonely), Coldplay(Higher Power) dan Doja Cat & SZA (Kiss Me More).
Di atas kertas, BTS mungkin berpeluang cerah untuk membawa pulang trofi Grammy pertama mereka. Namun, saingan terdekat iaitu daripada lagu Lonely dan Kiss Me More usah dipertikaikan memandangkan Justin dan Doja Cat merupakan antara penyanyi yang menerima pencalonan terbanyak pada edisi 2022 ini.
Sebaik saja pengumuman pada tengah malam tadi tamat, ramai peminat BTS tampil meluahkan rasa kecewa mereka terhadap pencalonan tunggal yang diterima BTS. Menurut mereka, BTS merupakan salah satu kuasa muzik atau musical force yang telah diiktiraf dunia sepanjang tahun 2021 dan seharusnya pencapaian mereka itu turut mendapat perhatian daripada pihak akademi.
Tambahan pula untuk Grammy 2022 ini, tidak begitu ramai yang tergolong dalam kalangan ‘snubbed artists’. Siapa yang dijangka tercalon, telah terbukti tercalon. Maka, ketiadaan BTS dalam kategori utama di Grammy’s seperti dalam kategori Record of the Year dan/atau Song of the Year menerusi Butter amat dirasai oleh ARMY.
Penambahan jumlah calon bagi kategori utama ini daripada 8 calon kepada 10 calon juga masih tidak cukup bagi memastikan BTS dicalonkan.
Antara komen yang diberikan oleh ARMY termasuklah yang berbunyi:
Ads
“BTS doesn’t need Grammy, Grammy needs BTS.”
“Kejayaan Butter menduduki tempat pertama dalam carta Billboard bukan satu petanda mereka layak dicalonkan, Grammy?”
“Jangan terlalu harapkan kejayaan BTS, saya tidak mahu kita dikecewakan sekali lagi oleh ‘Scammy’.”
“Not even Best Music Video?! Saya tahu Happier Than Ever akan memenangi ketegori tersebut kerana Grammy sukakan Billie, tapi Permission To Dance adalah video terbaik yang memberi mesej positif sepanjang 2021!”
“Seperti biasa, Grammy hanya mencalonkan BTS dan memanggil mereka untuk membuat persembahan demi rating. Grammy sememangnya pengambil kesempatan terhadap populariti BTS.”
Apapun, BTS telah meluahkan rasa syukur mereka biarpun hanya menerima satu pencalonan.
Menerusi ciapan di akaun Twitter, mereka berkata, “Ini merupakan satu penghargaan yang besar. Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong perjalanan muzik kami.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap individu melalui fasa perubahan kehidupan, sama ada daripada segi fizikal mahu pun gaya hidup berbeza. Semakin melonjak usia, ramai yang menganggap seseorang individu itu akan berubah penampilannya dan kelihatan lebih tua.
Namun begitu, terdapat segelintir individu yang kelihatan lebih menarik dan bergaya sewaktu umur mereka meningkat usia, terutamanya dikalangan selebriti.
Jom kita lihat antara individu popular dunia yang berubah gaya menjadi lebih menawan ketika berusia.
1. David Beckham
Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham sudah memang dikenali dengan rupa parasnya yang kacak sewaktu di usia muda lagi. Namun, apabila menginjak di usia ‘emas’, David Beckham masih kekal tampan dengan gaya personaliti yang menarik.
2. Orlando Bloom
Pelakon Hollywood Orlando Bloom masih mengekalkan wajah tampan walaupun sudah berusia 44 tahun.
3. Charlie Hunnam
Pelakon filem The Gentlemen ini juga dilihat masih segak bergaya di usia 40-an.
4. Hugh Grant
Walaupun sudah berusia 61 tahun, Hugh Grant jauh lebih tampan berbanding ketika usia mudanya.
5. Cristiano Ronaldo
Individu yang paling ramai pengikut di media sosial ini juga kelihatan berbeza sungguh jika hendak dibandingkan dengan dirinya di usia muda.
6. Jon Bon Jovi
Kini berusia 59 tahun, Jon Bon Jovi antara figura antarabangsa yang memiliki wajah tampan segak bergaya walaupun sudah berumur.
7. Adam Levine
Vokalis kumpulan Maroon 5 ini juga nyata lebih kelihatan menawan ketika usianya menginjak 40-an.
8. Chris Evans
Pelakon filem siri Marvel ini telah membuktikan bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Walaupun di usia 40-an masih kekal tampan.
Begitu mengasyikkan dan penuh memukau Begitulah di antara reaksi penonton yang hadir ketika berlangsungnya konsert istimewa oleh dua bintang terkemuka dari Indonesia, ‘ADA Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ di Megastar Arena, KL, anjuran oleh syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music (KM).
Malam konsert ADA dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh pendatang baharu berbakat besar, Ash Fasryll yang menyanyikan lagu ‘Nyaman’ oleh penyanyi hebat Indonesia, Andmesh Kamaleng.
Kemudian, konsert ADA bertambah hangat dengan kemunculan duo paling ditunggu-tunggu, Afgan dan Lyodra, tampil dengan persembahan yang luar biasa dan penuh memukau, memikat hati peminat yang hadir.
Konsert ADA menawarkan pengalaman muzik yang tidak terlupakan, dengan gabungan lagu-lagu popular dari kedua-dua penyanyi tersebut.
Afgan, dengan suaranya yang mengasyikkan, mempersembahkan lagu-lagu hits seperti ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Bawalah Cintaku’, dan ‘Kamu Yang Ku Tunggu’.
Manakala Lyodra memukau penonton dengan lagu-lagu seperti ‘Sang Dewi’, ‘Tak Dianggap’, ‘Menyesal’, lagu wajib ‘Ada’ dan banyak lagi.
“Pengalaman malam ini sungguh luar biasa, saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur,” kata Afgan selepas konsert.
Konsert ADA dihadiri ole ribuan peminat dari seluruh Malaysia, menjadikan suasana malam berkenaan penuh dengan kegembiraan dan sorakan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak semua orang pernah mencuba Artificial Intelligence (AI).
Jadi, apabila KidZania Mutiara Damansara memberi peluang selama sebulan untuk mencuba games berkonsepkan AI dan robotik, kami terfikir – why not alaminya sendiri.
Dari 18 Ogos lalu sehingga 16 September ini, KidZania anjurkan KidZ & Tech 3.0 untuk tahun ini. Sesuailah dengan trend sekarang yang menjurus kepada robotik, teknologi seperti smart house dan smart driving, aktiviti ini telah memberi kami dan pengunjung lain mencuba beberapa jenis games yang ada.
Jom tengok apa yang ada!
01
Emoji Scavenger Hunt
Dibawakan oleh Google Malaysia, korang boleh bermain dengan seluruh keluarga. Peserta diberi emoji pada telefon dan kami perlu mencari emoji tersebut di sekeliling. Nak tangkap gambar yang sepadan dengan emoji pun ambil masa tau, it is not that easy!
Kemudian, barulah clue seterusnya diberikan.
02
Makeblock mBots
Yes, buat robot sendiri. Kami juga dicabar untuk mengendalikan Drone Obstacle Challenge. Dengan menggunakan Airblocks itu, kami perlu menerbangkan robot magnet dan mengatasi halangan di trek udara.
03
AR Greeting Card
Mungkin aktiviti di Design Studio ini tak segah dengan props meletop. Namun, korang pernah tak mencipta greeting card menggunakan Augmented Reality? Tak kan… This is one of the coolest thing ever, legit.
04
Forensic Science
Kami perlu menyiasat lokasi jenayah menggunakan finger prints dan cahaya UV.
Tak kisahlah jika teknologi sudah berkembang kepada bantuan AI, fingerprint tetap fingerprint. Seperti yang korang tahu, setiap ibu jari adalah berbeza. Tapi bagaimana untuk membezakannya, itulah yang kami pelajari.
UV Light Experiment juga adalah sesuatu yang selalu kita tonton di dalam filem dan drama bersiri penyiasatan. Haa, sekarang boleh acah-acah jadi investigator kejap.
05
Light Tail Photography
Bagi penggemar fotografi, korang dah terbiasa melihat efek light tail kan? Why not, dengan menggunakan U Mobile Clone Photography ni, korang cipta sendiri foto dengan efek cantik ini. Barulah nampak pro sikit.
It is worth the visit!
Cuba datang sendiri ke KidZ & Tech 3.0 di KidZania KL pada setiap hari sehingga 16 September ini. Klik kidzania.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...