Personaliti popular dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed baru-baru ini telah berada di Kuala Lumpur, Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.
Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. (19) sebelumnya telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini.
Dia dijadualkan mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Dalam pada itu, Speed yang sedang melakukan penstriman langsung di akaun Youtube mliliknya pada Selasa dilihat menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia.
Menerusi siaran langsung tersebut, seorang penunggang motosikal mendekati kenderaan yang dinaiki pemuda itu sebelum memberinya sebuah robot ‘Gundam’ dan ada juga yang sempat meminta tanda tangan.
Sepanjang siaran langsung itu juga, beberapa peminat turut menyapa Speed ketika kendaraannya berhenti di lampu isyarat, selain ada yang bersorak dan membunyikan hon.
Selain robot, Speed juga menerima beberapa helai baju batik daripada peminat sebelum dia tiba di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang tadi.
Selain itu, di beberapa aplikasi media sosial lain juga Speed juga dilihat sempat mencuba burger legenda kegemaran rakyat Malaysia iaitu Burger Ramly dan juga durian sehingga menerima sorakan daripada peminat.
Pemuda itu juga turut meluangkan masa untuk berseronok di malam hari dan menari ‘dugem’ bersama Tiktokers terkenal, Roy Bundle dan merasai pengalaman mencuba menaiki motosikal yang sering ditunggang oleh orang Malaysia.
Sekadar info, IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di Youtube, dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.
Dia mula meraih populariti kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak dan sering meniru aksi “sui” bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.