TERIMA KASIH – 7 Pemimpin Ini Akan Dirindui Setelah 2 Tahun Pemerintahan

Share

 

Pelantikan Perdana Menteri di bawah gabungan kerajaan baru pada hari ini akhirnya berlangsung juga.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapkan Hello Kepada PM Ke-8

Hasilnya, beberapa pemimpin yang telah menerajui tampuk kerajaan sejak 2018 kini perlu memberikan laluan kepada pemimpin baharu di kementerian masing-masing.

Tinjauan di media sosial sejak pertengahan minggu ini menunjukkan betapa rakyat mampu untuk membezakan di antara pemimpin yang benar-benar ikhlas bekerja dan pemimpin yang sekadar bermain dengan agenda politik.

Kepada 7 orang pemimpin ini, rakyat mengucapkan TERIMA KASIH atas usaha yang telah kalian lakukan. Ini adalah penghargaan REMAJA buat mereka.

 

 

Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR)

Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia ini cukup hebat dan melakar sejarah terutamanya untuk wanita di Malaysia.

Sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, warga kementerian yang dipimpin beliau tahu betapa dedikasinya masa dan tenaga yang diluangkan oleh beliau untuk melakukan yang terbaik dalam agenda kementerian tersebut.

“Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan penghargaan saya terhadap semua orang yang telah menjalankan tugas kepada negara sewaktu saya memimpin kementerian.”

 

 

YB Hannah Yeoh (DAP)

Sama ada dalam rakyat sedar atau tidak, Yang Berhormat Hannah Yeoh tidak putus-putus memperjuangkan hak wanita, memperkasakan golongan ibu dan kanak-kanak serta memberikan galakan yang tak berbelah bahagi.

Beliau tidak seperti sesetengah ahli politik yang menanti masa untuk memuat naik posting yang boleh menimbulkan ketegangan.

I would not do it even if I has the time because we are limited by law, by time, by politics but the Almighty isn’t. Clean hands and clean hearts matter. Saya tahu kini Putrajaya mempunyai ramai kakitangan kerajaan yang berdidikasi. Teruskan bekerja!”

 

 

YB Yeo Bee Yin (DAP)

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini selalu mengingatkan kakitangan kementerian beliau bahawa mereka memegang amanah dan tanggungjawab daripada rakyat.

Kini sarat mengandung sambil bekerja, beliau tetap positif dengan masa hadapan negara.

“Saya harapkan kita semua masih mempunyai kepercayaan pada sistem perlembagaan. Percaya jika kita lakukan yang terbaik, rakyat akan dapat yang terbaik. Tak kiralah siapa yang akan menjadi menteri selepas ini, saya harap kita (kakitangan kementerian) akan selalu ingat tagline kita ‘Own It Do It Ace It’.

 

 

Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH)

Dr. Dzul sedari awal sudah memperkemaskan bio di akaun Twitter beliau yang kini tercatit jawatan ‘X-Minister of Health’.

Bekas Menteri Kesihatan ini banyak berjasa menerusi kementerian yang dipacu beliau walaupun dalam tempoh 2 tahun saja. Cara Kementerian Kesihatan mengendalikan kes Covid-19 begitu teratur.

Di bawah pimpinan Dr Dzul juga, rakyat berpeluang menerima rawatan vaksin pneumococcal secara percuma dan Malaysia mempraktikkan peraturan ‘Rokok 3 Meter’ walaupun pada awalnya mendapat tentangan.

 

 

Dr Maszlee Malik (BERSATU)

Tidak Bersetuju Dengan Gabungan Baru

Bekas Menteri Pendidikan ini kekal dengan prinsip dan integriti tidak kiralah tentangan yang beliau terima sepanjang kepimpinan.

Sebelum melepaskan jawatan pada awal Januari lalu, perjuangan Dr Maszlee Malik untuk warga pendidik dan pelajar di Malaysia diterima positif oleh ramai orang termasuklah isu ‘kasut hitam’ yang dipopularkan. Kini amanah yang beliau terima sebagai Ketua Bahagian BERSATU Simpang Renggam akan cuba digalas beliau sebaik mungkin.

 

 

YB Anthony Loke (DAP)

Yang Berhormat Anthony Loke diakui telah memegang jawatan Menteri Pengangkutan dengan baik. Ya, bukan mudah untuk Kementerian Pengangkutan menyelesaikan semua isu dalam tempoh 2 tahun saja, namun menteri yang rajin melakukan ‘spot check’ secara rawak ini dilihat terus berusaha.

 

 

YB Gobind Singh Deo (DAP)

Akhir sekali tentulah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Beliau memberi sokongan dan perhatian terhadap pembangunan industri kreatif digital melalui kempen seperti MYGameOn dan aniMy.

Beliau juga menggesa TM menurunkan harga langganan Streamyx kepada pakej paling murah (RM69 untuk kelajuan 8Mbps) dan memperluaskan lagi jaringan gentian optik ke kawasan yang sebelum ini tidak mendapat liputan.

 

*

 

Siapakah lagi menteri dan timbalan menteri yang kita semua hargai?

 

 

Published by
FZ