Siapa tidak kenal dengan legenda sukan badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei yangg memang cukup sinonim dengan ‘lawannya’, bekas pemain badminton, Lin Dan.
Baru-baru ini, dalam satu video berdurasi 42 saat yang dikongsikan di akaun TikToknya, Chong Wei dilihat mengajar bekas pemain China itu untuk bertutur beberapa perkataan Melayu yang biasa digunakan dalam perbualan harian.
ARTIKEL BERKAITAN: Comel Sangat Sampai Selalu Dijadikan ‘Sticker WhatsApp’, Netizen Terkejut Si Comel Dah Besar!
Dalam perkongsian itu, Chong Wei memulakan kelas bahasa melayunya itu dengan perkataan ‘apa khabar’ sebelum Lin Dan mengulangi semula ayat itu sambil melambaikan tangannya ke arah kamera.
Selepas itu, Chong Wei kemudian mengajar perkataan ‘terima kasih’ selain ayat ‘aku cinta kamu’ dimana Lin Dan menyebut ayat-ayat berkenaan dengan lancar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan respons positif terhadap video yang dimuat naik oleh Chong Wei itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Lin Dan yang begitu lancar mempelajari ilmu baharu.
Malah, ramai yang kagum melihat keakraban dua jaguh badminton dunia itu meskipun pernah ‘bermusuh’ ketika di dalam gelanggang satu ketika dahulu.
Dan tidak kurang, ada juga yang berpendapat, sebutan bahasa Melayu Lin Dan begitu jelas, sama seperti orang tempatan.
Sekadar informasi, lagenda badminton negara berkenaan baru-baru ini telah tersenarai dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama-sama seorang lagi bekas bintang badminton dunia laitu Lin Dan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Lee Chong Wei