“Terima Kasih Dik Hiburkan Hati Rakyat Malaysia”, Ipan Dapat Pergi China Lepas Sunat

Share

Musim cuti sekolah kembali lagi. Selain kanak-kanak gembira kerana cuti panjang, masa ini jugalah pilihan bagi mak ayah untuk menyunatkan anak-anak lelaki Islam yang akan mencapai alam remaja selepas selamat dikhatankan.

Jika sehari dua ini rakyat Malaysia heboh memperkatakan isu pemindahan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 sehingga menimbulkan kegelisahan dan rusuhan di kalangan rakyat Malaysia tetapi nampaknya “amarah” itu mulai reda sedikit tatkala menonton video yang tular di media sosial gelagat kanak-kanak berkhatan.

Ada yang siap berzikir, menyanyi lagu-lagu cinta termasuk berterima kasih kepada doktor. Bagaimana pun identiti kanak-kanak tersebut tidak dinyatakan termasuk lokasi di mana dia bersunat. Tapi gelagat lucu itu turut membuatkan ayahnya yang menemani di dalam bilik doktor turut sama ketawa sehingga mengalirkan air mata  kerana gelagatnya terlalu lucu.

Tak caya lucu, tengok videonya di bawah.

Hal yang sama juga berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki yang dikhatankan di sebuah klinik swasta di Melaka pada petang Khamis yang turut mencuit hati netizen.

Video yang dikongsi Siti Naila Sekan Darkhan menunjukkan anak sulungnya, Mohd Irfan Mohd Fairul, 8, menjerit kesakitan ketika dikhatankan.

“Sakit, aduh. Mama sakit sangat mama. Apasal sakit sangat ni? Sakit tolong mama. Mama peluk abang… mama sakit,” kata Mohd Irfan atau disapa sebagai Ipan oleh keluarganya.

Ipan bersama ibunya, Siti Naila. Foto dari Siti Naila/ M Star Online

Anak sulung daripada tiga beradik itu sesekali dilihat menjerit meminta tolong kepada ibunya kerana tidak tahan menahan kesakitan.

Malah dia turut merayu kepada doktor supaya tidak meneruskan proses berkhatan itu.

“Doktor janganlah doktor, sakit sangat doktor. Aduh… abang tak tahu doktor buat apa… tolonglah mama, dah sakit sangat tolonglah.

“Mama ada lagi ke? Ada lagi rupanya. Sakit doktor tolonglah, doktor janganlah. Dah kenapa sakit k**** saya ni,” kata Ipan sambil disambut gelak tawa ibunya yang setia menemaninya disisi sepanjang proses tersebut.

Ipan dijanjikan dibawa ke China kalau mahu bersunat. Gambar dari Siti Naila/ M Star Online

Menurut Siti Naila, Ipan menyatakan hasrat untuk berkhatan selepas melihat rakan-rakannya selesai berkhatan baru-baru ini.

“Kalau ikutkan nak dia berkhatan tahun depan. Sekali dia tengok kawan-kawan dah berkhatan, jadi dia cakap dah bersedia. Saya pun buat tempahan (berkhatan) di sebuah poliklinik pada Rabu dan petang tadi, Ipan pun selamat dikhatankan,” katanya.

Siti Naila yang juga pengusaha butik pengantin berkata, Ipan bersetuju untuk berkhatan lebih awal selepas dijanjikan untuk mengikutnya ke China pada Januari nanti.

“Saya pun janji kalau dia sunat saya akan bawa dia pergi China. Jadi dia pun setuju sebab dia dah lama aim nak beli motosikal kecil. Jadi alang-alang saya nak beli barang untuk butik pengantin, saya bawalah dia sekali. Dah berjanji kenalah tunaikan,” katanya.

Satu jer REMAJA nak cakap, “terima kasih dik hiburkan hati rakyat Malaysia, lupa bab-bab rusuhan niekan”.

Sumber :MSTAR Online

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros