Tentulah kami turut merasa bangga apabila Scha Alyahya mencipta sejarah dinobatkan sebagai Wanita Paling Berstail 2019 oleh majalah Malaysia Tatler, pada minggu ini.

 

Scha yang merupakan ikon fesyen kepada ramai remaja muda mula mencuri perhatian peminat fesyen sekitar 3 tahun lalu.

“Bila saya tahu akan menerima penghargaan tersebut, saya amat terkejut kerana saya mewakili selebriti Melayu yang diangkat oleh sebuah majalah Inggeris golongan sosialit. And there I was, Scha hanyalah seorang pelakon.

 

“Selama ini saya hanya menjadi diri saya. Apabila orang luar mengangkat saya seperti itu, tentunya saya merasa terharu untuk menerimanya,” kata Scha semasa berada di set penggambaran Dewi Remaja 2019. Pada musim ini, Scha diberikan mandat sebagai juri tetap rancangan bersama Yusry Abdul Halim.

“Seperti yang selalu saya tekankan, kena sentiasa menjadi diri sendiri. Kalau you rasa you minimal, jadi minimal. Kalau tergerak hati untuk eksperimen, go for it. Asalkan you selesa menjadi diri sendiri.

Ads

Do not try hard to be someone else.”

“Saya berharap agar anugerah ini boleh menjadi aspirasi kepada all the girls out there untuk menaikkan keyakinan diri dan menjadi lebih positif menerusi fesyen.”

“Terima Kasih Kepada Glam Squad Saya..” Scha Alyahya Dinobat Wanita Paling Berstail 2019
Scha memakai Dior ketika sidang media Dewi Remaja 2019.
“Terima Kasih Kepada Glam Squad Saya..” Scha Alyahya Dinobat Wanita Paling Berstail 2019
Scha juga penggemar pereka fesyen tempatan seperti Maarimaia.

Momen Stail Kegemaran Scha Sepanjang 2019

“Bila saya dibawa ke New York Fashion Week dan kemudian dibawa ke Minggu Fesyen Paris serta Milan, itu adalah antara momen yang memorable. Saya akan ingatinya sampai bila-bila.

“Pada tahun ini juga, saya berpeluang bertemu dengan ramai selebriti popular seperti Bella Hadid, Olivia Palermo dan ramai lagi. Saya perhatikan cara mereka berinteraksi dengan orang di sekeliling. Di situ saya pelajari perkara baru untuk menjadi seorang yang lebih baik.”

 

“Terima Kasih Kepada Glam Squad Saya..” Scha Alyahya Dinobat Wanita Paling Berstail 2019
Scha dalam persalinan Alia Bastamam.

The Real Scha Alyahya Off-Screen

Scha ibaratnya seperti Kate Moss versi Malaysia, dia mampu menjadikan pakaian hariannya sesuatu yang glamor. Nampak ringkas tetapi effortlessly chic.

Ads

“Saya selalu memakai seluar jeans dan baju-T. Sebab itulah saya terharu bila mendapat penghargaan Most Stylish Woman 2019 ini. Mereka lihat ada sesuatu yang istimewa walaupun saya selalu minimal.

“Ini juga adalah penghargaan kepada glam squad, stylist dan jurusolek saya. Ini adalah effort sebuah team.”

 

Baju Untuk Finale Dewi Remaja 2019

“Okay, sekarang saya baru teringat saya belum prepare apa-apa lagi untuk finale Dewi Remaja 2019. (ketawa) Thank you for reminding me!

“Tahun lalu, saya menyarung Dior, Afiq M dan Habib Jewels. Tahun ini saya masih belum merancang apa-apa. Kita bagi kejutan sedikit,” jelas Dewi Remaja 2005/06 itu lagi.

Ads
“Terima Kasih Kepada Glam Squad Saya..” Scha Alyahya Dinobat Wanita Paling Berstail 2019
Scha dalam persalinan Afiq M, aksesori daripada Habib Jewels ketika malam finale Dewi Remaja 2018/19.
“Terima Kasih Kepada Glam Squad Saya..” Scha Alyahya Dinobat Wanita Paling Berstail 2019
Scha dalam persalinan Dior, aksesori daripada Habib Jewels ketika malam finale Dewi Remaja 2018/19.

Apapun, Scha Alyahya sememangnya layak untuk menerima penghargaan wanita paling berstail 2019 itu.

Tak sabar pula nak tengok gaya Scha Alyahya sepanjang 6 lagi episod Dewi Remaja 2019.

Jangan lupa menonton episod ketiga pada Sabtu, 9 November ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria & Ria HD. Kemudian, saksikan sesi LIVE kami bersama 6 lagi orang finalis pada jam 10.00 malam di Facebook dan Instagram Majalah Remaja.

“Terima Kasih Kepada Glam Squad Saya..” Scha Alyahya Dinobat Wanita Paling Berstail 2019

*

Web Series Dewi Remaja 2019 : Episod 2

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI