“Terima Kasih LCW.” Pemain Badminton Menangi Emas Komanwel Terakhirnya

Share

Bukan mudah untuk menumpaskan pemain badminton nombor satu dunia.

 

Namun, Datuk Lee Cong Wei berjaya membuktikan kepada semua peminat badminton negara dan kepada para junior beliau bahawa tiada apa yang mustahil.

Petang tadi, pemain badminton nombor satu negara itu telah memenangi pingat emas Komanwel ketiga beliau dalam acara perseorang setelah berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia dari India, Kidambi Srikanth.

Kejayaan 21-19, 14-21 dan 14-21 itu juga berlaku selepas hanya 3 hari Srikanth ditabalkan sebagai pemain nombor satu dunia dalam kategori perseorang lelaki. Berbanding Srikanth, Datuk Lee Chong Wei pula kini menduduki ranking ketujuh dunia dan – guess what – berusia sedekad lebih tua daripadanya.

Artikel Berkaitan: Tayangan ‘Lee Chong Wei’ Bakal Cipta Rekod Penonton Paling Ramai

Walaupun ketinggalan pada set pertama selepas Srikanth mendahului dengan 21-19, beliau yang dilihat sinonim dengan gaya permainan ‘warm up dulu, baru kita kalahkan’ itu memenangi set kedua dan set penentuan dengan begitu bergaya!

Sejurus selepas memenangi rally terakhir itu, Datuk Lee Chong Wei terus terbaring di atas gelanggang dan meraikan kejayaan tersebut dengan kegembiraan dan rasa tidak percaya.

 

 

Pada usia 35 tahun, beliau kini semakin dekat dengan usia persaraan daripada dunia badminton. Kini setelah berjaya mengumpul 3 pingat emas dari Sukan Komanwel dan 3 pingat perak dari Sukan Olimpik, Malaysia dilihat masih tercari-cari siapakah pengganti terbaik untuk meneruskan perjuangan beliau.

“Saya tahu betapa pentingnya pingat emas ini kepada Malaysia. Saya memenanginya untuk seluruh pasukan Badminton negara,” kata beliau kepada rakan media.

Ayuh Malaysia, carilah bakat pelapis agar pasukan badminton negara akan terus digeruni oleh dunia. Terima kasih Lee Chong Wei!

Published by
FZ