Barang kali ada yang pernah mendengar orang kata, “di sebalik kejayaan seorang lelaki , berdirinya seorang wanita di belakangnya” dan ada yang menambah ” disebalik kegagalan seorang lelaki juga berdiri dibelakangnya seorang wanita “…
ARTIKEL BERKAITAN : Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan Daripada USM
Siapa tak kenal dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Walaupun sudah bersara daripada aksi kompetitif di dalam gelanggang, nama Datuk Lee Chong Wei tidak pernah kering daripada bibir peminat sukan badminton. Semalam, bersempena Hari Wanita beliau ada memuat naik video
di halaman Instagram miliknya.Bersyukur Dan Menghadiahkan Penghargaan Kepada Isteri
Melalui video tersebut Lee Chong Wei dilihat meluahkan rasa bersyukur serta menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isterinya, Datin Wong Mew Choo atas segala sumbangan yang diberikan bersempena hari wanita sedunia baru-baru ini.
Dalam video yang dikongsikan itu, ternyata isteri tercinta beliau, Datin Wong Mew Choo nyata tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata selepas mendengar kisah jerih perih dilalui Chong Wei sepanjang kariernya bergelar seorang pemain ketika majlis pelancaran patung lilin bekas pemain perseorangan nombor satu dunia itu minggu lalu.
“Saya melihat video berkenaan dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini” – luah Chong Wei
Menurut Chong Wei, dia merasa luluh apabila melihat video itu sehingga dikatakan mengalirkan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran Mew Choo dalam hidupnya.
“Terima kasih Mew Choo dan saya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Sayang kamu 10,00 tahun. Kepada semua wanita di luar sana selamat hari wanita sedunia” kata Chong Wei
Mengimbau kembali liku-liku kehidupan serta onak duri yang diranjau bersama, pasangan ini dikatakan tidak merentan malah sebaliknya membangkitkan kekuatan emosi dan spiritual antara satu sama lain sehingga menjadi legenda sukan yang dikenang sehingga hari ini.
Untuk info, Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012 dan dikurniakan dua anak lelaki.
BACA LAGI: Boleh Berangan Sis! Lihat 6 Rekaan Baju Sanding Rekaan Cosry Yang Jadi Sebutan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.