Terima Kasih! Permaisuri Agong Sediakan Makan Tengah Hari Untuk Petugas 2 Hospital

Share

 

Situasi semasa yang menyaksikan beberapa mangsa terbaru positif Covid-19 adalah di kalangan petugas kesihatan.

 

Mereka merupakan golongan kehadapan yang sanggup meletakkan nyawa dalam risiko demi berkhidmat kepada masyarakat.

Pergaulan jarak dekat dengan pesakit yag disahkan positif akhirnya membuatkan diri mereka lebih terdedah kepada risiko jangkitan. Lalu beberapa perkhabaran kes kematian Covid-19 yang melibatkan petugas kesihatan tempatan amatlah mendukacitakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Sudah Catat Lebih 1000 Kes, Selangor Tertinggi

Mengambil sentimen keprihatinan tersebut, hari ini Pengarah Awam Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah berkongsi posting yang menarik perhatian netizen di akaun Facebook beliau.

Ia adalah mengenai inisiatif Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menyediakan makanan tengah hari untuk petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh.

Menurut beliau lagi, kesemua penerima pek makanan tersebut cukup menghargai pemberian nasi berlauk ‘Cheminahsayang’ tersebut walaupun masing-masing sedang sibuk berkhidmat.

Hari ini, hidangan seterusnya disediakan pula untuk petugas di Hospita Kuala Lumpur. Ia tersiro daripada kari telur, ayam goreng kunyit, sayur Jawa dan buah-buahan. Nyum!

Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong sendiri berkongsi momen menyediakan makanan itu menerusi akaun Instagram @airtangab_tunkuazizah dan menyatakan sekurang-kurangnya ini yang boleh dilakukan untuk petugas kesihatan yang sedang meletakkan nyawa dalam risiko.

“Kami juga terkurung di dalam Istana Negara. Setiap hari, kesihatan kami diperiksa dan tiada siapa yang menapak ke luar untuk bertemu sesiapa.

“Apabila memasak, kami akan gunakan topeng muka, sarung tangan dan selalu membersihkan tangan. Jangan risau,” titah Baginda.

Terima kasih, tuanku!

Published by
FZ