Gaya Hidup

“Terima Kasih, Sayang Mommy” -Elaun ‘Makeup’ Anak Dara Che Ta RM250 Seminggu

Share

Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan memperuntuk elaun solekan anak perempuan kesayangannya, Aaisyah Dhia Rania sebanyak RM250, pada setiap minggu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok miliknya, Rozita yang lebih disapa atau Che Ta memaklumkan pada awalnya dia hanya meletakkan sebanyak RM100 seminggu kepada Aaisyah untuk membeli alat solek yang diinginkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Praktis Kaw Kaw, Barulah Anda Datang…” -Pesanan Che Ta Buat Peserta Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023

Bagaimanapun, jumlah elaun mingguan sebanyak itu telah dinaikkan kepada RM250 seminggu selepas melihat anaknya sukar untuk memilih alat solek yang kerana harganya yang mahal.

“Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okey mommy naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah.

“Dapat apa RM100? Dah pusing setengah jam tak dapat apa. Jom mommy tambah lagi RM150 jadi RM250,” kata Che Ta.

Selepas jumlah elaunnya telah dinaikkan menjadi RM250 seminggu, Aaisyah kelihatan gembira dan sempat mengucapkan terima kasih dan sayang kepada ibunya tercintanya.

Thank you mommy. I love you,” ucap Aaisyah.

Gelagat dua beranak itu membeli alat-alat solek telah meraih perhatian pengikutnya dalam TikTok apabila masing-masing berasa terhibur, malah menyifatkan Aaisyah sebagai seorang kanak-kanak yang beruntung.

Sekadar informasi, Aaisyah merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup Che Ta dengan Zain Saidin selepas mereka mendirikan rumah tangga pada tanggal 11 Disember 2013.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Rozita Che Wan & Aaisyah 



Published by
Fath